Thursday, October 6, 2011

Majlis Mohon Restu PMR 2011

Ketibaan Pengetua (Pn.Rosny bt Osman) disambut oleh para guru serta pelajar-pelajar Tingkatan 3. Walau pun beliau masih bercuti tetapi turut hadir bagi memberi kata-kata semangat bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR. Terima kasih atas kesudian beliau hadir.Warga SMKJR amat menghargai kedatangan puan ke sekolah.



Ucapan dan kata-kata nasihat dari pengetua kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011.







Majlis mohon restu pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah diadakan pada 30 September 2011(Jumaat) di Dataran Wawasan SMKJR bermula jam 7.30 pagi. Selepas majlis bermaafan antara para guru dan pelajar T.3 tersebut, diteruskan pula dengan penyampaian pensil sebagai simbul restu para guru kepada pelajar-pelajar. Majlis bersurai pada pukul 9.00 pagi.

No comments:

Post a Comment