Wednesday, March 31, 2010

Kejohanan Sukan SMKJR Kali ke 16 2010


RABU 31 MAC 2010 - Kejohanan Sukan SMKJR kali ke 16 telah diadakan di Stadium MPKj, Seksyen 15,Bandar Baru Bangi telah bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.45tgh.Kejohanan ini telah berlansung dengan jayanya yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKJR.Para tetamu terdiri dari wakil2 PIBG telah hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini.Acara padang yang dipertandingkan ialah 4 x 100m, 200m ,acara 4 x 100m (jemputan) dan acara akhir tarik tali antara rumah sukan.Rumah suria menjadi JOHAN keseluruhan dengan mata 1363 mengatasi rumah-rumah sukan yang lain.Tahniah!Terima kasih diucapkan kepada Pengetua,PIBG SMKJR,MPKj,guru-guru,pelajar-pelajar serta individu yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi menjayakan kejohanan sukan pada kali ini.

Puan Pengetua merasmikan Kejohanan Sukan Kali ke 16.



Persembahan Formasi dari pelajar-pelajar SMKJR.Satu Malaysia!!


Olahragawan dan Olahragawati Tahun 2010 SMKJR serta Wakil Johan Rumah Suria menjulang piala pusingan yang dimenangi



Tuesday, March 30, 2010

Majlis Perjumpaan & Muzakarah Biro Kebajikan PPKI 2010


ISNIN 29 MAC 2010 - Majlis ini telah diadakan pada 27 Mac 2010(Sabtu) bertempat di Dewan Burhanuddin PPKI yang telah dihadiri oleh ibubapa,guru-guru ,PIBG SMKJR serta Penolong Pengarah Unit Pengurusan Transisi dan Kemahiran - Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu En Mohd Parawes Bin Abdullah.Disamping itu juga diadakan pameran dokumentasi,hasil pelajar MPV PPKI dan pameran batik hasil dari pelajar-pelajat PPKI mengikut bidang masing-masing.
















Antara hasil pelajar yang dipamerkan di majlis muzakarah PPKI.

Monday, March 29, 2010

Lawatan Ke Fakulti Veterina UPM,Serdang & Mardi - Persatuan Sains Pertanian



ISNIN 29 MAC 2010 - Seramai 40 pelajar Persatuan Sains Pertanian dibawah bimbingan Pn.Salawati bt Badron telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pertanian, Serdang dan Mardi sempena ulangtahun Mardi pada 17 Mac 2010(Rabu).Para pelajar diberi taklimat serta penerangan tentang organisasi jabatan tersebut sebelum mereka dibawa ke tempat pameran.Antara pameran yang dipamerkan pada kali ini ialah membuat cantuman mata tunas dan tut pokok.Demo dan penerangan telah ditunjukkan oleh pegawai Jabatan Pertanian.Mereka juga melihat cara-cara 'permanian beradas' bersama Profesor Madya Dr.Wahid(Timbalan Dekan ,Fakulti Veterina UPM).Turut sama memeriahkan pameran pada kali ini ialah Tun Abdullah b Hj Ahmad Badawi.Alangkah beruntungnya anak-anak didik SMKJR kerana dapat bergambar bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri kita itu.
















Bergambar bersama-sama Tun Abdullah b Hj Ahmad Badawi yang turut berada di pameran tersebut.Seronoknya dapat berjumpa dengan tokoh pemimpin....!!

Pra Kejohanan Temasya Sukan SMKJR

ISNIN 29 MAC 2010- SMK Jalan Reko telah mengadakan hari Pra Kejohanan Temasya Sukan peringkat sekolah. Kejohanan ini dijalankan selama 3 hari. 21.3.2010 hingga 22.3.2010 kejohanan ini dijalankan di Kompleks sukan Seksyen 15,B.B.Bangi. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian L/P 4x100, 4x200, dan 1400m. Pelajar yang terlibat dalam acara tersebut adalah pelajar sesi pagi dan sesi petang.

Antara peristiwa yang berlaku semasa kejohanan dijalankan:




























Antara kemalangan yg berlaku:







Pada 23.3.2010 pula, Pra Kejohanan Temasya Sukan diadakan di padang SMKJR. Acara bermula 8.30 pagi hingga 11.00 pagi untuk sesi petang manakala pelajar-pelajar sesi pagi bermula pada 3.00 petang hingga 6.00 petang. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.

Acara lompat jauh














Acara lompat tinggi







Acara lontar peluru

Tuesday, March 23, 2010

Mesyuarat Post Mortem SPM & STPM 2009

SELASA 23 MAC 2010 - Mesyuarat Post Mortem SPM dan STPM telah diadakan pada 22hb Mac 2010 di Bilik Wawasan SMKJR pada jam 1.20 petang yang telah di pengerusikan oleh puan pengetua. Semua Ketua Bidang,Setiausaha Peperiksaan dan Ketua-ketua Panitia telah hadir pada mesyuarat kali ini.Puan pengetua telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua panitia setiap panitia kerana peningkatan peratus kelulusan SPM pada tahun 2009.Tahniah kepada semua panitia...semoga usaha anda semua akan berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Harapan misi SMKJR cemerlang tahun 2013 akan menjadi kenyataan.SMKJR Boleh!!

















Tahniah Cikgu-cikgu!!!