Friday, April 30, 2010

Sekadar Renungan


Tahniah Kepada Pasukan Takraw Bawah 15 Tahun

JUMAAT 30HB APRIL 2010 - Pasukan Sepak Takraw bawah 15 tahun SMK Jalan Reko telah mendapat Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Daerah Hulu Langat 2010 . Kejohanan ini telah diadakan di SK Bandar Seri Putra, Kajang pada 19-21 April yang lalu. Pasukan sekolah kita akan mewakili Daerah Hulu Langat ke Kejohanan Sepak Takraw Peringkat negeri yang akan diadakan di SM Teknik, Gombak pada 3-7 Mei 2010.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohamad Wazin Syafiq b Aziz(3SP1)
Muhammad Khairiza b Kahdir (3SP4) dan Rusdi b Sidik(3SP4) atas kekuatan dan kesungguhan yang ada dalam diri kamu. Kami warga SMK Jalan Reko bangga dengan kamu.


















SURAT PENGHARGAAN DARI PUAN PENGETUA! SYABAS KEPADA ANDA BERTIGA.

Monday, April 26, 2010

Ekpedisi Pengakap Ke Gunung Senyum,Temerloh Pahang


ISNIN 26 APRIL 2010- Pada 23hb - 25 April 2010(Jumaat-Ahad) seramai 40 peserta dari Unit Pengakap serta 4 orang guru pemimpin telah mengikuti perkhemahan di Gunung Senyum,Temerloh Pahang.Perkhemahan pada kali ini telah diketuai oleh Pn.Naida (Pengerusi Pengakap SMKJR).Rombongan kami telah tiba di tapak perkhemahan pada 12.30tgh.Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut.Pada jam 10.30 pagi (Ahad) unit pengakap telah bertolak ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Santuary,Lanchang Pahang.Tiba di sana jam 1.30 ptg.Selama 1 jam 30 minit berada di pusat ini telah banyak memberi pengalaman kepada pasukan pengakap.Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Perhutanan ,Temerloh Pahang terutama kepada En.Abdullah kerana telah menjadi jurupandu semasa menjelajahi gua2 di sana.Pasukan ini tiba di sekolah pada jam 6.30 petang.(Ahad)Alhamdullilah semuanya balik dengan selamat.Terima kasih kepada ibu bapa,Pn.Zaini (PK KOku)guru-guru serta rakan2 yang telah mendoakan keselamatan kami selama 3 hari di Gunung Senyum.


Friday, April 23, 2010

Majlis Makan Malam Amal SMKJR

JUMAAT 23 APRIL 2010 - PIBG SMK Jalan Reko akan mengadakan satu jamuan Majlis Makan Malam Amal bertujuan untuk mendapatkan dana bagi pembinaan 'Dataran Berbumbung SMKJR" yang berkonsepkan prinsip menjamu selera sambil beramal. Hanya RM 50/kepala atau RM 500/meja sumbangan tuan/puan akan merealisasikan impian warga Reko ini. Majlis Makan Malam Amal ini direncanakan untuk dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30hb Mei 2010
Masa : 8:00 malam - 11:00 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kajang

Tapak Dataran Berbumbung


Impian Warga Reko Dataran Berbumbung


Sumbangan boleh disalurkan ke :
Bank Islam.
Akaun PIBG Sek Men Keb Jalan Reko,
No Akaun : 12029010014138 , Bank Islam.

Maklumat lanjut sila layari :
pibgsmkjreko@gmail.com

Renungkan Sejenak ...............
'Dan Berbuatlah Kamu Akan Kebaikan Supaya Kamu Mendapat Kemenangan"
~ Surah Al-Hajj:77

"Kekayaan Yang Hilang Dapat Dikejar Kembali Dengan Kerajinan Dan Jimat Cermat. Kesihatan Yang Hilang Boleh Direbut Kembali Dengan Ubat-Ubatan. Akan Tetapi Waktu Yang Hilang Pasti Tidak Akan Kembali"


"Dua malaikat turun setiap hari dari langit. Satu dari mereka berdo'a : Ya Allah, kembangkanlah harta orang-orang yang suka menghulurkan derma. Dan satu yang lain pula berdo'a : Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)."
(Al-Hadis)

Wednesday, April 21, 2010

Pertandingan Bola jaring Peringkat Zon Bangi


RABU 21 APRIL 2010 - Pertandingan bola jaring antara sekolah peringkat Zon Bangi telah diadakan pada 19 April 2010 bertempat di padang SMKJR.SMK Jalan Reko telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini.Pasukan bola jaring sekolah bawah 18 telah memenangi tempat ke tiga dalam pertandingan ini.Tahniah kepada pasukan sekolah.


Bengkel Penandaan Kertas 2 SPM - Sejarah

Ketua Panitia Sejarah SMKJR Puan Azizah bt Abd Aziz

RABU 21 APRIL 2010 - Panitia Sejarah telah menganjurkan satu Bengkel iaitu Bengkel Penandaan Kertas 2 Sejarah - SPM yang diadakan di bilik APD,Pusat Sumber sekolah pada jam 1.20 hingga 2.30 petang.Turut hadir ialah semua guru -guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3,4 dan 5.Turut serta ialah Puan Azizah bt Abd Aziz (Ketua Panitia Sejarah),Pn.Rozihan bt Abdullah,Pn.Saadah bt Ibrahim, Pn.Rosidah bt Tahir dan Pn.Norliza bt Harun. Penceramah jemputan ialah Pn.Hasmah bt Kamardin.

Monday, April 19, 2010

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2010


ISNIN 18 APRIL 2010 - Pada Jumaat 16 April 2010 Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah telah menlancarkan Program Mentor Mentee.Di mana program ini merupakan satu program kesedaran yang dirancang khusus bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Mereka akan diberi pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran secara kelompok oleh guru-guru yang berpengalaman.Majlis telah dimulakan jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua,Pn.Rosny bt Osman.





















Majlis pelancaran Mentor Mentee telah dilaksanakan oleh Puan Pengetua.

English Week - 26th - 30th April 2010

MONDAY 19 April 2010
The activities that would be carried out are:
  1. Crossword puzzle
  2. Word search
  3. Spelling bee
  4. Public speaking - upper forms
  5. Story Telling - lower forms
  6. Poem recital
  7. Making greeting Card
Those interested please contact Pn.Bemala or your class English Language Teacher.

Note: Good at making greeting cards?
Design a greeting card for Mother's Day/Father's Day/Teacher 's Day and win a prizes.
Closing date - 27th April 2010
Submit to your class English language teacher.


From:
Head Of English Panel

PENGUMUMAN PENTING

Perhatian kepada pelajar-pelajar SMKJR:

Sunday, April 18, 2010

Tahniah!Pasukan Olahraga SMKJR



AHAD 18 APRIL 2010 - Pada 17 April 2010 (Sabtu) pasukan olahraga sekolah telah diundang oleh SMK Jalan 3,Bandar Baru Bangi dalam majlis kejohanan sukan tahunan sekolah tersebut di Stadium Seksyen 15,Bandar Baru Bangi.Dalam acara 4 x 100m ,pasukan sekolah telah berjaya menduduki tempat ke 2.Tahniah diucapkan!

Saturday, April 17, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 SMKJR Kali Ke 16


SABTU 17 APRIL 2010 - Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke 16 berlansung di Dewan Lestari dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKJR iaitu Ir.Dr Tuan Suhaimi b Salleh. Kehadiran ibubapa ,guru-guru serta pelajar-pelajar yang menerima hadiah telah tiba seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar di kaunter pendaftaran. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.Diharap anugerah ini akan memberi perangsang dan semangat untuk anda terus mencipta kejayaan pada masa akan datang. Bagi pihak sekolah,tahniah sekali lagi diucapkan kepada anda semua!!Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan majlis ini.Majlis tamat jam 11.00 pagi.















Gambar sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke 16

Thursday, April 15, 2010

Pemantauan Bersepadu PPD Hulu Langat ke SMK Jalan Reko


KHAMIS 15HB APRIL 2010 - Pada hari ini sekolah telah menerima kunjungan 10 orang Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat yang diketuai Tuan.Hj.Hasan b. Che Ling ( Penolong PPD Pengurusan Sekolah ). Ketibaan mereka telah disambut oleh Pn.Pengetua. Kunjungan mereka merupakan pemantauan bersepadu setiap sekolah bagi penambahbaikan pengurasan sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Antara yang telah dipantau termasuk unit kewangan sekolah, pentadbiran sekolah, LADAP, Buku Rekod Mengajar , pengajaran & pembelajaran mata pelajaran Sains dan Pendidikan Islam, Pengurusan Fail serta Unit Bimbingan dan Kauseling. Pemantuan berakhir lebih kurang 1.00 petang dengan keseluruhan berada dalam keadaan baik.