Monday, September 27, 2010

Sunday, September 26, 2010

Majlis Laluan Redha PMR 2010


AHAD 26 SEPTEMBER 2010 - Majlis laluan Redha merupakan rutin tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha terakhir untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menghadapi Peperiksaan PMR pada 05 Oktober 2010 ini, di samping memohon pertolongan kepada Allah agar anak-anak didik semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang, insyaAllah. Pengetua, semua penolong kanan , guru-guru yang mengajar tingkatan tiga serta semua pelarjar yang berkenaan berkumpul di Dataran Wawasan SMKJR. Pn. Jemiat bt. Md Ali, Guru Bimbingan dan Kaunseling telah memulakan dengan memberi taklimat ringkas . Majlis di akhiri dengan semua pelajar berbaris bersalaman sambil bermaaf-maafan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada mereka selama ini. Majlis ini juga bertujuan memberi ketenangan kepada pelajar sebelum menghadapi pepriksaan. Majlis dimulai dengan pelajar T3SP5 hinggalah T.3KM5. Selamat berjaya dalam PMR.Kami warga pendidik SMKJR akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua!Yang penting ialah usaha dan sentiasa yakin diri dan berdoa semoga anda beroleh kejayaan.Selamat menempuh peperiksaan PMR kepada anak-anak semua!!





















KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA!!




Thursday, September 23, 2010

Majlis Penutup Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah

KHAMIS 23 September 2010 - Pada pagi 23 September bertempat di Dataran Wawasan telah berlansung Majlis Penutup Bulan Patriotisme peringkat sekolah.Majlis dimulakan dengan bacan doa,nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah,bacaan ikrar seterusnya penyampain hadiah kepada para pemenang Bulan Patriotik. Antara pengisian bulan patriotisme ialah pertandingan Kelas Patriotik,Deklamasi sajak,Pertandingan Pakaian Tradisional,Payung Berhias,Pidato Kemerdekaan dan Lagu Patriotik.Persembahan pentomin dari pelajar-pelajar tingkatan enam di bawah bimbingan Pn.Hasmah bt Kamardin.Majlis penutup telah disempunakan oleh Pengetua SMKJR,Pn.Rosny bt Osman dan seterusnya penyerahan Replika Keris Patriotisme kepada pengetua sebagai tanda berakhirnya bulan patriotisme pada tahun 2010. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua SMKJR,guru-guru,semua panitia,para pelajar dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini sama ada secara lansung atau tidak lansung.Tahniah diucapkan kepada Ajk-ajk di bawah Unit Bidang Kemanusiaan yang telah berjaya melaksanakan Bulan Patriotisme 2010 ini.




Monday, September 20, 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Untuk Makluman Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMKJR






Ucapan Pengetua:

" Anak-anak sekelian, tidak ada manusia yang merancang untuk gagal, yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang. Oleh itu menjadi harapan saya supaya anak-anak SMK Jalan Reko berjaya dalam peperiksaan ini dan seterusnya PMR,SPM dan STPM. Go, go, go....Reko Mara, Reko Jaya.
Good Luck untuk semua!!"












Pn.Rosny bt Osman

Monday, September 6, 2010

Majlis Taklimat Tawaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)


JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Majlis Taklimat Tawaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) telah berlansung di Bilik Wawasan SMKJR pada jam 10.15 pagi.Pn.Shehidah bt Sirajudin(PK HEM) dan Pn.Salmah bt Rahim (Unit BKP) serta ibubapa pelajar yang layak menerima hadir ke majlis yang ringkas ini dengan mengadakan penyerahan borang BKP. Pihak sekolah mengucapkan ribuaan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah hadir ke taklimat ini.

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Semua Warga SMKJR



Majlis Bermaafan Warga Reko Sempena Hari Raya Aidilfitri


JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Pada 7.30 pagi tadi, Pn.Rosny bt Osman (pengetua) telah memulakan ucapan Majlis Bermaafan Warga Reko Sempena Aidilfitri sebelum bercuti panjang mulai 4 Sept hingga 19 September 2010. Di samping menunjukajar adab bermaafan kalangan pelajar, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah serta masyarakat majmuk negara ini berkonsepkan 1 Malaysia. Seterusnya setiap wakil pelajar dari setiap tingkatan tampil memberi ucapan kemaafan dalam suasana kekeluargaan. Majlis disudahi dengan beberapa nasihat keselamatan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya kepada semua warga. Maaf zahir batin.




Teknik Menjawab Matematik SPM

JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Pada 02 September 2010 (Khamis) telah diadakan Program Teknik Menjawab Matematik Tambahan SPM yang telah diadakan di Pusat Sumber sekolah bermula pada jam 8.00 hingga 12.00 tgh.Pelajar-pelajar yang terlibat ialah dari Tingkatan 5Sc1 dan 5Sc2.

Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran


JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bermula pada jam 8.00 pagi yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4.Majlis bermula dengan tadarus bertempat di Surau Al-Hidayah bagi pelajar perempuan dan Dewan Lestari bagi pelajar lelaki.Tepat jam 11.00 pagi majlis khatam Al-Quran telah berlansung di Dewan Lestari SMKJR. Antara aktiviti yang berlansung sepanjng majlis ini ialah khatam Al-Quran,persembahan nasyid,bacaan tahlil(diketuai oleh Ustaz Mustafa) dan Penyerahan wang zakat kepada anak-anak yatim SMKJR. Penyampaian wang zakat dan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini telah disampaikan oleh Puan Rosny bt Osman (Pengetua). Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKJR. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua ajk program ini kerana telah dapat menyempurnakan majlis ini dengan lancar dan ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.