Thursday, October 13, 2011

Solat Hajat PMR, SPM dan STPM

Solat hajat pada malam itu diketuai oleh Ustaz Umar Khalis b Mamat

Solat hajat bagi pelajar-pelajar PMR,SPM dan STPM telah dilaksanakan pada 29 September 2011 (Khamis) yang lalu.Semua guru, ibubapa dan pelajar-pelajar yang terlibat telah hadir pada petang itu. Pendaftaran bermula jam 6.30 ptg dan diikuti dengan solat maghrib,bacaan yasin dan seterusnya solat hajat yang telah diketuai oleh ustaz Umar Khalis b Mamat. Selepas solat hajat semua warga SMKJR yang hadir dijamu dengan jamuan ringan. Majlis selesai pada jam 9.30 malam. Terima kasih kepada semua warga yang hadir juga kepada semua ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama pada malam tersebut. Semoga anak-anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi nanti.

Pendaftaran bermula pada jam 6.30 petang







Jamuan makan selepas menunaikan solat hajat

No comments:

Post a Comment