Friday, October 7, 2011

Kem Ekplorasi Kasih 2011



Jumaat 7 oktober 2011 - Pada 30 September sehingga 2 Oktober 2011 Kelab Redaksi telah mengadakan Kem Eksplorasi Kasih di Eagle Ranch Resort, Port Dickson , Negeri Sembilan Darul Khusus. Kem tersebut melibatkan kalangan murid yang cemerlang dalam PMR T. 2010 dan ahli Kelab Redaksi. Seramai 9 orang guru dan 21 pelajar telah menyertai kem tersebut. Sepanjang kami berada di sana berbagai kemudahan telah diberikan selain bilik penginapan yang selesa, kolam renang, jacuzzi, makan minum serta aktiviti team building dan Telemacth seperti lari dalam guni,terompah gergasi,jalan atas batu bata,laluan gelung dan tarik tali.

Kem Eksplorasi Kasih ini telah berjaya memberi penghargaan kepada yang terlibat di samping memberi pengalaman kepada pelajar terhadap tugasnya dengan melihat sendiri apa yang dipelajari dalam kelas, mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, serta memupuk sikap cintakan alam semula jadi .

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat yang telah memberi kerjasama padu sepanjang Kem Eksplorasi Kasih dijalankan , moga kem seperti ini dapat diteruskan. Terima kasih juga kepada Pn. Rosny bt. Osman , Pengetua SMK Jalan Reko yang telah merestui kem tersebut walaupun beliau tidak dapat bersama atas faktor kesihatan beliau.















No comments:

Post a Comment