Saturday, June 30, 2012

Majlis Isra Mikraj

Majlis Isra Mikraj telah diadakan pada 29 Jun 2012 (Jumaat) bertempat di Dataran Wawasan SMKJR bermula jam 7.30 sehingga 9.00 pagi. Semua pelajar islam berkumpul di dataran wawasan.Mana kala pelajar bukan islam menghadiri aktiviti di dalam kelas yang telah ditentukan.


Penceramah jemputan Ustaz Ansarullah b Mohd Hashim dari JAKIM





Cenderahati telah disampaikan oleh Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan)

Pelancaran Minggu KOOP 2012

HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH 2012

22 JUN HINGGA 03 JULAI 2012
22 JUN - Perasmian
23 JUN - Saringan 1 Showdown
25 JUN - 29 JUN - Pertandingan Futsal
2 JULAI - Perasmian Penutup
3 JULAI - Drift Car,Pertandingan Fotografi,Food Bazaar,Showdown Akhir, Pertandingan Futsal Akhir dan
Paintball.

Bacaan doa oleh Saudara Ahmad Muhaimin



Ucapan daripada wakil-wakil ahli Koperasi.

Ucapan perasmian oleh Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan)

Paluan gong tanda bermula Minggu Koperasi Peringkat Sekolah 2012



Nyanyian lagu Koperasi Malaysia oleh pengawas koperasi sekolah

Persembahan deklamasi puisi oleh pengawas koperasi




Sumbangan sepohon pokok oleh Koperasi Berhad.Pn.Che Normalis sedang menanam pokok tersebut ke dalam pasu dibantu oleh pelajar-pelajar MPV.

Pn.Haslina bt Ibrahim menyematkan lencana koperasi serta menyampaikan cenderahati kepada Pn.Che Normalis bt Alias sebagai tanda penghargaan.


Pn.Che Normalis menuju ke pentas untuk merasmikan Minggu Koperasi


Perasmian Minggu Koperasi


Tuesday, June 19, 2012

Makluman

Kepada semua ibubapa/penjaga serta warga SMK Jalan Reko,Kajang




LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Selasa 19 Jun - Selamat Datang diucapkan pada sekolah SMK Palong 7 dan SMK Serting Hilir Kompleks, Negeri Sembilan yang telah datang ke SMK Jalan Reko pada 18/6/2012 (Isnin). Lawatan ke Unit Katering SMKJR iaitu seramai 41 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari sekolah masing-masing telah disambut oleh Pn.Wan Azila dan En.Izwan.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan siratulrahim antara ketiga-tiga buah sekolah, bertukar-tukar maklumat aktiviti masing-masing dan mengadakan ceramah teknik menjawab soalan MPV (Katering Pengajian).

Semasa lawatan ini pelbagai aktiviti diadakan antaranya iaitu teknik menjawab soalan SPM MPV - Katering dan Penyajian dan memberi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM MPV pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Pn.Wan Azila.

Terimakasih diucapkan kepada semua pelajar MPV SMKJR kerana telah memberi kerjasama sepanjang lawatan ini diadakan. Begitu juga kepada SMK Palong 7 dan SMK Serting Hilir Kompleks Negeri Sembilan kerana sudi mengunjungi sekolah kami. Semoga hubungan ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu kepada semua warga.