Sunday, March 27, 2011

Suka Duka SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada yang cemerlang



Taklimat Kerja Kursus Sejarah PMR 2011


Ahad 27 Mac 2011 - Pada 24 Mac 2011 (Khamis) Panitia Sejarah telah mengadakan satu sesi taklimat Kerja Kursus Sejarah bagi PMR tahun 2011 bertempat di Dewan Lestari SMKJR. Taklimat bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi tang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3KM1 - 3KM4 dan 3SP1 - 3SP4. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Ketua Panitia Sejarah iaitu Pn.Azizah bt Abd Aziz bersama guru-guru mata pelajaran sejarah Pn.Rozihan dan Pn.Rozarina.

Pegawai dari MPKJ, En.Kamarul Izlan B Sulaiman (Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat MPKJ) telah dijemput untuk memberi taklimat kerja kursus kepada para pelajar. Semoga dengan kehadiran beliau akan membantu para pelajar mengenali dan memahami latar belakang dan peranan MPKJ selain menjadi bahan rujukan untuk menyiapkan kerja kursus pada tahun ini. Bagi pihak Panitia Sejarah ,ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPKJ kerana bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah.

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah!




Semua warga SMKJR mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar SPM 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010.Kami bangga dengan kamu semua!!


Tuesday, March 15, 2011

Program Qalam Mutiara Bahasa - Set 3




Panitia Bahasa
SMK Jalan Reko,
43000 Kajang

Friday, March 11, 2011

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2011


11 Mac 2011 (Jumaat) - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Tahun 2011 bertempat di Dataran Wawasan tepat jam 7.30 pagi yang telah dihadiri oleh semua para pentadbir,guru-guru dan pelajar sesi pagi.

Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Shahaizat b Ahmad.Seterusnya taklimat Mentor Mentee oleh Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn.Jemiat bt Md Ali. Ucapan perasmian dan penyerahan fail secara simbolik telah dilaksanakan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman. Persembahan pelajar yang telah membawa beberapa buah lagu berbentuk nasihat mengakhiri majlis pada jam 8.10 pagi.







Ucapan Perasmian oleh Pengetua, Pn.Rosny bt Osman


Persembahan pelajar



Pelajar dan guru sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn.Jemiat bt Md Ali


Penyerahan Fail kepada Pn.Norlaili bt Mahmud Simbolik Pelancaran Mentor Mentee dan penyampain cenderahati kepada Pengetua tanda penghargaan dan terimakasih dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKJR




LADAP 1

05 Mac 2011 (Sabtu) telah diadakan Kursus LADAP 1 bagi semua warga pendidik SMKJR yang berlansung di Dewan Lestari pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar Khalis b Mamat. Ceramah dengan tajuk "Stress ,Kesan dan Penyelesaiannya" telah disampaikan oleh penceramah jemputan.

Ucapan dan motivasi ringkas dari pengetua sebelum ceramah bermula



Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar Khalis b Mamat





Thursday, March 10, 2011

Selamat Bercuti Buat Warga SMKJR


Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada anak-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka.

Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.

Diedit dari laman http://www.leewantam.com

Wednesday, March 9, 2011

Majlis Aku janji Pelajar Peperiksaan PMR,SPM & STPM


09 Mac 2011 Rabu - Majlis aku janji pelajar peperiksaan PMR,SPM dan STPM telah diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) lalu pada jam 7.30 pagi. Majlis yang dikelolakan oleh Unit kaunseling telah berlansung upacara ringkas aku janji pelajar yang telah dihadiri oleh para pentadbir,guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat. Majlis ringkas ini juga telah diserikan lagi oleh ucapan ringkas dari pengetua Pn.Rosny bt Osman. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi.


Wakil pelajar dari Tingkatan 6 dan 5


Wakil Pelajar dari Tingkatan 3







Ucapan dan kata-kata semangat dari pengetua