Monday, November 29, 2010

Music Marathon 2010 - Kumpulan Rentak Reko PPKI


SABTU,13 NOVEMBER 2010 - Krista Education Sdn Bhd dengan kerjasama Institute of Diplomacy and Foreign Relations, Ministry of Foreign Affairs telah menganjurkan suatu program Malaysia Book of Records : The Largest Musical Performance by Special Children. Program tesebut adalah julung kali seumpamanya dianjurkan di Malaysia. Matlamat program adalah untuk mewujudkan satu platform untuk kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan bakat mereka; meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dan menyedarkan masyarakat bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mereka hidup seperti insan normal.
Program Malaysia Book of Records : The largest Musical performance by Special Children, telah diadakan di Auditorium, Insitut Diplomasi Luar Negara, Jalan Wisma Putra, KL pada jam 10 pagi hingga 8 malam. Majlis perasmian diadakan pada jam 11.00 pagi. Dalam program tersebut kumpulan muzik “Rentak Reko” di bawah pimpinan Pn. Ruhibah bt Shafie dan jurulatih dari TwoFR Management, Encik Shahrin H telah diundang khas bagi menjayakan majlis tersebut. Turut hadir sebagai guru pembantu pembimbing ialah Pn. Yap Eit Moy (GPK Pendidikan Khas), Pn. Fauziah bt. Mat, Pn. Hasimah bt Ismail dan Pn. Siti Zawiyah bt Hussin. Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat. Reko Mara, Reko Jaya.



Tuesday, November 23, 2010

Majlis Graduasi MPV Kali Ke - 3



23 November 2010 (Selasa) - Majlis Graduasi MPV Kali Ke 3 telah diadakan pada 15 November 2010(Isnin) yang lalu bertempat di Bilik MPV Katering Dan Penyajian SMK Jalan Reko bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini diadakan adalah bertujuan memberi galakan kepada pelajar MPV dan mampu memupuk perkembangan potensi yang ada dalam diri pelajar selain dihargai oleh pihak sekolah. Turut terlibat ialah pelajar-pelajar MPV seramai 58 orang penerima sijil graduasi pada majlis ini.Majlis turut dihadiri Pengetua,Pn.Rosny bt Osman dan turut merasmikan majlis ini ialah En.Musa b Ismail (Ketua Unit Teknik Dan Vokasional) PPD Hulu Langat. Beliau telah menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar MPV Katering & Panyajian dan MPV Lanskap & Nurseri. Bagi pihak Unit MPV dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Musa b Ismail kerana sudi hadir ke majlis ini serta jutaan terima kasih kepada semua Ajk Kerja Graduasi pada kali ini. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.


Saturday, November 20, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

Kepada semua calon-calon SPM dan STPM,Kami warga pendidik dan pelajar-pelajar SMK Jalan Reko mendoakan kejayaan anda semua!!

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Budimu Dijunjung,Jasamu Disanjung



Jumaat 12 November 2010. Majlis Budimu Dijunjung Jasamu Disanjung telah diadakan di Dewan Lestari SMK Jalan Reko pada 12 November 2010 jam 7.30 pagi . Majlis ini diadakan sempena perpisahan Datin Norlia bt. Dahlan yang akan bersaya mulai 1 Januari 2011. Majlis telah berlangsung dalam suasana suram dan ceria. Setelah lima tahun beliau berkhidmat di SMK Jalam Reko, akhirnya beliau bersara setelah 27 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan. Datin pernah mengajar di SMKA Maahad Hamidiah (1984-1988), SMK Tinggi Kajang (1984-2004 ) dan SMK Bandar Rincing sebelum mengajar di SMK Jalan Reko. Majlis di mulakan dengan perhimpunan bersama pelajar dan diikuti persembahan, penyampaian cenderamata dari pelajar, staf dan guru-guru. Pesan beliau kepada warga sekolah, agar terus maju kehadapan dalam semua aspek.
Di penghujung majlis,Datin diarak keluar oleh warga sekolah sambil menabur bunga rampai berjalan atas hamparan carpet merah hingga ke pintu pagar sekolah. Setiap murid juga diberi peluang bersalaman mengucapkan selamat bersara kepada Datin Norlia.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Norlia atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan sepanjang berkhidmat di SMK Jalan Reko. Kita menyanjung tinggi akan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Datin Norlia. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga di sepanjang menjalani waktu persaraan nanti. Warga mendoakan semoga beliau sentiasa gembira dan mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah s.w.t sepanjang hayat, Amin.




Saturday, November 13, 2010

Kejohanan Padang & Balapan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2010


RABU 10 NOVEMBER 2010. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat kebangsaan merupakan program tahunan untuk murid pendidikan khas dalam sistem pendidikan negara. Kejohanan ini diadakan secara bergilir-gilir antara setiap negeri sejak tahun 2001. Matlamat kejohanan adalah untuk mewujudkan semangat daya saing yang sihat, meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dan menwujudkan kolabolasi serta kerjasama pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program pendidikan Khas.
Pada 10 November 2010, jam 8.00 malam, majlis perasmian penutup kejohanan olahraga telah diadakan di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor. Pengetua SMK Jalan Reko telah diberi mandat sebagai pengerusi Jawatankuasa Persembahan sempena majlis tersebut. Guru-guru PPKI SMK Jalan Reko yang dipertanggungjawabkan merealisasikan acara persembahan sepanjang majlis berlangsung terdiri daripada Pn. Yap Eit Moy (GPK P. Khas), Pn. Fauziah bt. Mat dan Pn. Siti Aliza bt. Salleh. Sementara, Kumpulan Muzik “Rentak Reko” PPKI SMK Jalan Reko telah diberi penghormatan sebagai persembahan pembukaan majlis yang gilang-gemilang tersebut. Kumpulan Muzik “Rentak Reko” telah dipimpin oleh Pn. Ruhibah bt Shafie dengan kerjasama jurulatih dari TwoFR Management, Encik Shahrin H. Dalam majlis tersebut, Pn. Noorita bt Mohd Ismail dan Siti Zawiyah bt Husin turut terlibat selaku guru pembantu pembimbing. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Jalan Reko yang telah berjaya mempamerkan persembahan yang cukup mantap pada malam itu .Tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat.
Majlis anjuran Bahagian Pendidikan Khas KPM yang melibatkan murid-murid Pendidikan Khas seluruh negeri ini telah dirasmikan oleh Tuan Bong Muk Shin, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM.


Kem Pemantapan Sahsiah


Rabu 10 November 2010. Bertempat di Dewan Seminar Masjid AL-Hasanah, Bandar Baru Bangi telah berlangsung Kem Pemantapan Sahsiah Anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Reko, Kajang bagi T.2010. Kem ini diadakan untuk membentuk keyakinan pelajar dalam membangunkan potensi kendiri, kesedaran yang tinggi, pengurusan dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Pada akhir kem ini, pelajar dapat memahami konsep jati diri, semangat berpasukan, tingkahlaku serta asas agama yang dapat mengubah tingkahlaku yang tidak betul.
Majlis bermula jam 7.30 pagi , di mana seramai 32 pelajar ( 11 lelaki dan 21 perempuan ) menaiki bas menuju ke Masjid Hasananh daripada sekolah. Guru terlibat terdiri daripada Pn. Siti Zabidah bt. A. Rahman, Pn. Wan Maznah bt. Wan Bakar, Pn. Aznita Hanim bt. Azizi, Pn. Normala bt. Muda, Pn. Maznah bt. Seman, Pn. Siti Faizah bt. Mansor, En. Mustafa bt. Md Isa, Pn. Maznah bt. Omar, Pn. Rafidah bt. Yusuf, Pn. Umi Kalthum Bt. Junid serta dibantu oleh Pn. Jemiat bt. Md Ali. Majlis berakhir pada jam 6.30 petang. Semua sumber perbelanjaan kem tersebut mendapat peruntukan Unit Pendidikan Islam JPS. Kehadiran Pn Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko dalam acara penutup menambahkan lagi seri tanda sokongan padu terhadap majlis tersebut.