Tuesday, January 24, 2012

Sepakat Membawa Berkat

Gotong royong kali pertama sekolah bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari Sabtu 21/01/2012 yang lalu. Seluruh warga SMKJR serta ibu bapa serta penduduk di kawasan berhampiran telah sama-sama hadir ke sekolah bagi membantu warga sekolah menceriakan kawasan sekolah. Gotong royong bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran YDP PIBG, ibu bapa, guru-guru, kaki tangan sekolah dan para pelajar yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan gotong royong pada kali ini. Diharapkan kerjasama seperti ini akan dapat kita kekalkan untuk kebaikan seluruh warga SMKJR pada masa akan datang.
































Sumbangan Baucer RM200

Pada 20/01/2012 (Jumaat) telah diadakan penyerahan baucer buku RM200 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 di kelas mereka. Penyerahan baucer tersebut telah disempurnakan oleh Pn.Hawiyah bt Baba.






Saturday, January 21, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Semua warga SMKJR mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru,pelajar dan seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Sunday, January 15, 2012

Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab, Unit Uniform dan Permainan

Mesyuarat Agung Rumah sukan pada 10 Januari 2012 (Selasa) diadakan pada waktu 1 dan 2 ditempat yang telah ditentukan.




Mesyuarat Agung Unit Beruniform pada 11 Januari 2012 (Rabu)




Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab pada 11 Januari 2012 Rabu




Mesyuarat Agung Permainan pada 12 Januari 2012 (Khamis)