Thursday, March 22, 2012

Tahniah Pelajar Cemerlang SPM 2011

22 Mac 2012 Khamis - Pada 21 Mac 2012 yang lalu keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Pada tahun 2011 peratus kelulusan ialah sebanyak 89.1% berbanding pada tahun 2010 iaitu 87.7%.Peningkatan sebanyak 1.4%.Tahniah sekali lagi !Kami bagi pihak warga SMKJR mengucapkan terima kasih kepada ibubapa,para guru dan pelajar-pelajar SPM 2011. Semoga anda akan terus berjaya pada masa akan datang walau di mana anda berada. Kepada yang kurang berjaya, anda masih ada peluang untuk meneruskan usaha anda menjadi orang yang lebih berjaya nanti. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua (pelajar) AJK Unit Redaksi Majalah Wawasan dan Unit Fotografi sekolah atas kerjasama anda pada hari tersebut.

Suasana dihari pengambilan keputusan SPM di Dewan Lestari





Tahniah! Pelajar Cemerlang Chong Cai Wen bersama ibunya.....


Tahniah Ang Iye Szin!!

Tahniah Izzul Faqihah, Wahida, Siti Hajar, Siti Farwizah.....

Monday, March 19, 2012

Thursday, March 15, 2012

Keputusan STPM

Tanggal 7 Mac 2012 yang lalu keputusan STPM telah diumumkan. Antara suasana ceria dan sedih pada hari tersebut .Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang.






Suasana pada hari pengambilan keputusan STPM bersama Penolong Kanan dan guru-guru tingkatan 6


Tahniah! Pelajar Cemerlang STPM 2012

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


15 Mac 2012 Khamis - Majlis sambutan Maulidur Rasul 1433h/12012m peringkat sekolah Pada 2 Mac 2012, Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Reko telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1433h/1212m peringkat sekolah. Sedikit kelainan dilakukan daripada sambutan biasa. Sambutan diserikan dengan bacaan Maulid Diba’I oleh Yayasan al-Jenderami yang diketuai oleh Tuan Guru Syeikh hj. Hafidz b. Hj selamat diiringi bacaan qasidah, marhaban dan tausiah/tazkirah pendek oleh Syeikh Hafidz. Seramai lebih kurang 40 orang jemputan telah hadir yang terdiri daripada barisan kepimpinan al-Jenderami, kumpulan pembaca qasidah dan pemain kompang. Kemeriahan sambutan terasa oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dengan semburan air mawar dan cenderahati bunga telur kepada jemputan dan guru-guru serta bungkusan gula-gula untuk semua pelajar. Majlis bermula jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pada sebelah petangnya pula diadakan majlis sambutan yang sama. Antara objektif program pada hari tersebut ialah: Objektif Mengenang kembali pahit getir pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan kebenaran demi kesejahteraan sejagat. Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan demi kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan sebenar dalam kehidupan. ATURCARA MAJLIS Hasil tinjauan dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar, semuanya berpuas hati dengan sambutan yang dilakukan dan berharap sambutan seperti ini akan dilakukan pada tahun-tahun seterusnya. Alhamdulillah. 7.20 pagi : Pelajar berkumpul di Dataran Wawasan 7.40 pagi : Ketibaan jemputan (kumpulan Maulid alJenderami) 7.50 pagi : Ucapan alu-aluan pengacara majlis 7.55 pagi : Bacaan doa 8.00 pagi : Pengenalan tentang al-Jenderami oleh Setiausaha Program (Pn. Normala bt Muda) 8.05 pagi : Bacaan Maulid dan tausiah Syeikh Hj Hafiz b. Hj Selamat 9.30 pagi : Jamuan jemputan dan majlis bersurai.




Monday, March 12, 2012

Kem Kepimpinan Ko-kurikulum di Taman Rekreasi Air Wetland,Putrajaya

SELASA 28 FEBRUARI 2012 -Kem ini telah disertai oleh pelajar yang memegang jawatan pengerusi,naib pengerusi,setiausaha dan bendahari kelab,permainan dan badan uniform.Kem ini dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulum SMK Jalan Reko.Kem ini dimulakan dengan pendaftaran seawal jam 7:45 pagi dan berakhir pada jam 5 petang pada hari tersebut juga.Pelbagai aktiviti telah diadakan.Semasa aktiviti berakit, aktiviti telah dikendalikan oleh Bahagian Rekreasi,Perbadanan Putrajaya.Pertandingan berakit juga diadakan,hadiah dieberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.Antara tujuan pihak sekolah mengadakan aktiviti berakit ini adalah untuk memberi pengalaman kepada para pelajar mengenai cara-cara mengendalikan rakit di air.Aktiviti yang seterusnya dikendalikan oleh unit bimbingan dan kaunseling,guru-guru kaunseling memberi ceramah tentang kepimpinan.Selain aktiviti berakit dan mendengar ceramah,pelajar juga membuat aktiviti secara berkumpulan mengikut jawatan yang dipegang.Tahniah diucapkan kepada Unit Ko-kurikulum kerana berjaya mengadakan kem ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Rekreasi,Perbadanan Putrajaya kerana kerjasama yang telah diberikan.

Peserta membina rakit bersama-sama dalam kumpulan yang ditetapkan.

Pihak Taman Rekreasi Air memberitahu tentang hal keselamatan sebelum para peserta mula berakit.

Suasana semasa para peserta menjalankan aktiviti-aktiviti.

Peserta lelaki dan perempuan terbaik kem.