Friday, October 7, 2011

Tahniah - Pangakap Raja SMK Jalan Reko

ISTIADAT PENGANUGERAHAN LENCANA PENGAKAP RAJA NEGERI SELANGOR

Penganugerahan lencana Pengakap Raja adalah satu pengiktirafan yang diberikan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor kepada Pengakap Remaja yang telah lulus Pentarafan Pengakap Raja. Istiadat penganugerahan ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Paduka Dr Hj Shafie bin Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara, bertempat di Dewan Putra Perdana, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor telah memperakui 182 calon Pengakap Raja telah lulus Pentarafan Pengakap Raja 2011. Satu sejarah yang membanggakan apabila SMK Jalan Reko berjaya melahirkan Pengakap Raja dengan bilangan yang semakin meningkat. Pada tahun 2011 ini, seramai 6 orang ahli Pengakap Remaja telah dianugerahkan Lencana Pengakap Raja. Mereka terdiri daripada:

  • MUHAMMAD AZRI BIN ASAARI (5 KE 1)
  • MUHAMMAD HAZIQ BIN ABDUL RAHIM (5 KE 1)
  • MUHAMMAD IKHWAN BIN JAMALUDIN (5 TV 1)
  • NUR AKMAL SHAH BIN KAMARUDIN (5 TV 1)
  • FATIN AQILLA BT HUSSIN PAKRI (5 TV 1)
  • FATNIN BT AZMAN ( 5 SN 1)

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengakap Raja Negeri Selangor 2011. Ibu bapa merupakan antara faktor penyumbang dari segi menjadi pendorong kepada pencapaian anak-anak/jagaan mereka. Selain sokongan moral, sumber kewangan yang telah dibelanjakan oleh ibu bapa atau ahli keluarga telah dapat menghasilkan sesuatu yang amat tinggi nilainya apabila anak-anak ini Berjaya menjadi seorang Pengakap Raja.




Penerima-penerima Anugerah Pengakap Raja menerima sijil daripada Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM) semasa majlis perhimpunan rasmi pada 26 September 2011 (Isnin) yang lalu.

No comments:

Post a Comment