Tuesday, February 28, 2012

MAJLIS AKU JANJI PELAJAR PEPERIKSAAN PMR,SPM DAN STPM


Majlis Aku Janji Pelajar Peperiksaan PMR,SPM dan STPM telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 24 Februari 2012.Majlis yg telah dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dimulakan dengan ucapan ringkas dari Penolong Kanan,Pn.Che Normalis bt Alias dan seterusnya Aku Janji oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3,5 dan 6 Atas yang bakal menghadapi peperiksaan PMR,SPM dan STPM.


WAKIL PELAJAR TINGKATAN 3,5 DAN 6



Saturday, February 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -18



SABTU 18 FEBRUARI 2012 -Mesyuarat agung PIBG adalah acara tahunan bagi ahli PIBG dan warga sekolah.Justeru itu, pada hari sabtu , 18 Februari 2012 telah diadakan mesyuarat agung PIBG kali ke-18.Majlis tersebut bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada 12:30 tengahari.Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua PIBG dan Penolong Kanan, Pn. Che Normalis bt Alias mewakili pengetua telah menyampaikan ucapan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir.

UCAPAN DARI YANG DIPERTUA PIBG DAN PENOLONG KANAN

ANTARA AJK PIBG(2011) YANG MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN

IBU BAPA MEMBERI USUL-USUL

ANTARA GURU-GURU DAN IBU BAPA YANG MEMENANGI CABUTAN BERTUAH

SUASANA SEMASA HARI MESYUARAT AGUNG PIBG

AJK PIBG 2012

Thursday, February 23, 2012

Sunday, February 19, 2012

Majlis Pembugaran Nilam 2012

Majlis Pembugaran Nilam 2012 telah diadakan pada hari Jumaat iaitu pada tarikh 17 Februari 2012.Majlis telah dirasmikan oleh PK HEM SMK Jalan Reko, Pn. Sehidah bt. Sirajudin.Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah ini memupuk semangat membaca di dalam kalangan pelajar.Sebuah sketsa yang menarik telah dipersembahkan dalam majlis ini.Tahniah kepada guru dan pengawas pusat sumber atas kejayaan majlis ini.


Pn. Sehidah memasang 'puzzle' untuk merasmikan Majlis Pembugaran nilam.

Penerangan tentang nilam dan sketsa yang dilakonkan oleh pengawas pusat sumber sekolah.

Larian Kecergasan 2012



Larian Kecergasan 2012 telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Februari 2012.Larian telah dirasmikan oleh PK HEM, Pn. Sehidah bt. Sirajudin.Larian terbahagi kepada lapan kategori iaitu:
  • LELAKI PPKI
  • PEREMPUAN PPKI
  • LELAKI BAWAH 18 TAHUN (L1)
  • LELAKI BAWAH 16 TAHUN (L2)
  • LELAKI BAWAH 14 TAHUN (L3)
  • PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN (P1)
  • PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN (P2)
  • PEREMPUAN BAWAH 14 TAHUN (P3)

Pelajar lari bersungguh-sungguh untuk
mendapat mata untuk rumah sukan masing-masing

Pelajar-pelajar berjaya sampai ke garisan penamat,
dan pelajar-pelajar yg awal sampai mendapat mata untuk rumah sukan.

Tahniah untuk pelajar-pelajar yang berjaya !



Saturday, February 4, 2012

Kenangan Tercipta Memori Indah

Salam Perpisahan buat Puan Fuziah bt Md Ali

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Pn.Fuziah bt Md Ali kerana ditawarkan jawatan Pengetua di SMK Tunku Abdul Rahman Putra,Sabak Bernam Selangor pada 20.01.2012.Semua warga SMK Jalan Reko mendoakan semoga beliau berbahagia,sihat sejahtera dan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menabur bakti kepada anak bangsa dan masyarakat. Kenangan manis bersama beliau selama 12 tahun di SMKJR tidak akan kami lupakan.Sayonara
Pn.Fuziah bt Md Ali.Anda tetap dihati kami...









SAYONARA....HINGGA BERJUMPA LAGI!!

Thursday, February 2, 2012

Majlis Watikah Pemimpin 2012





Pesta Ponggal 2012

PESTA PONGGAL PERINGKAT SEKOLAH PADA 22 JANUARI 2012

Pesta ini berlansung pada 22 Januari 2012 (Ahad) di Dewan Lestari SMKJR. Pesta ini dihadiri oleh semua guru dan pelajar berbangsa India dan telah dirasmikan oleh Pn.Norlaili bt Mahmud (PK KoKurikulum) serta Pn. Wan Shafini (Ketua Bidang Bahasa). Pelbagai acara telah diadakan disepanjang pesta yang berakhir pada jam 1.00 ptg. Ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pn.Sumathy a/p Perumal serta guru-guru India yang lain kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan lancar.