Saturday, October 22, 2011

Jamuan Akhir Guru & Staf SMK Jalan Reko 2011

"An Evening Of Glorious Violet"

Isnin 24 Oktober 2011 - Pada Sabtu, 15 Oktober 2011 Kelab Guru & Staf SMK Jalan Reko telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Dewan Putra 1, Nilai Spring Resort. Jamuan yang bertema” An Evening Of Glorious Violet” bermula 1.30 petang sehingga 6.00 petang. Majlis ini bukan hanya untuk makan-makan , ia juga menjadi medan terakhir semua guru untuk bermesra dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama sendiri setelah penat bekerja sepanjang tahun 2011. Semua guru seronok kerana pulang membawa lebih daripada sebuah cenderahati yang diusahakan oleh AJK .

Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan atas kesudian YDP PIBG SMK Jalan Reko serta AJK lain turut sama memeriahkan majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Kelab guru yang berusaha bersungguh-sungguh menzahirkan majlis yang begitu bermakna dalam susasana yang kondusif.

Guru-guru sedang menjamu selera

Persembahan pertunjukan fesyen

Penerima hadiah cabutan nombor bertuah

Games...
Photoshoot di hadapan dewan utama

Games yang dikendalikan oleh Mr 'J'

Pemotongan kek dan sambutan hari lahir Pn.Zamrina dan Pn Farihin

No comments:

Post a Comment