Sunday, August 26, 2012

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2012


Selamat menempuh Peperiksaan Percubaan SPM untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 5 2012.Semoga anda berjaya.Semua warga SMKJR mendoakan kejayaan anda semua.

Monday, August 20, 2012

Majlis Khatam Al Quran


Jumaat 14 Ogos 2012 telah diadakan Majlis Khatam Al Quran bertempat di Dataran Wawasan SMKJR. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam yang bermula pada jam 7.30 - 9.30 pagi. Semua warga SMKJR yang beragama islam berkumpul di Dataran Wawasan. Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah yassin yang diketuai oleh Ustaz Mustafa b Md Isa. Sejurus selesai bacaan yassin ,majlis khatam Al Quran beramai-ramai dimulakan.

Antara tujuan majlis ini adalah bagi memupuk dan melatih para pelajar ke arah mempertingkatkan semangat bertanggungjawab dan menghormati tuntutan agama, seterusnya membina sahsiah pelajar supaya menjadi insan mulia dan dapat membangun diri,berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Antara aktiviti Panitia Pendidikan Islam sepanjang Ramadhan ialah Tadarrus Al Quran,Juiz Ihya' Ramadhan, Tazkirah/Bulitin Khas Ramadhan,Majlis Solat Hajat PMR,SPM & Tingkatan 4,Sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin dan Majlis Khatam Al Quran. Diharap majlis seperti ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.Insyallah.....Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah dapat menganjurkan majlis yang sangat berguna kepada kita semua.



Bacaan Surah Yassin


Majlis Khatam Al Quran

Ucapan dari Pn.Che Normalis bt Alias dan Persembahan dari Muntasir bt Rosli

Persembahan Nasyid - Kumpulan Nasyid sekolah



Peserta Tadarus menerima cenderahati dari pada Pn.Sehidah bt Sirajuddin (PK HEM)


Penyampaian wang sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar yang disampaikan oleh
Pn.Che Normalis bt Alias(Pemangku Pengetua)

"Kami turunkan dari ayat Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"
(Surah Al -Israk ayat 82)

Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Tulus Ikhlas dari kami warga SMK Jalan Reko,Kajang