Monday, May 31, 2010

Majlis Makan Malam Amal SMKJR

ISNIN 31 MEI 2010 - Pada 30 Mei 2010 bertempat di Dewan MPKj ,Kajang telah diadakan Majlis Makan Malam Amal anjuran PIBG SMK Jalan Reko,Kajang.Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mengumpul dana bagi pembiayaan Dataran Berbumbung SMK Jalan Reko.Matlamat pembianaan Dataran Berbumbung ini juga bertujuan bagi menyediakan satu tempat bagi perhimpunan,aktiviti kokurikulum dan kegiatan lain dengan lebih kondusif,selesa dan selamat untuk pelajar-pelajar.Terima kasih kepada semua para penyumbang,semoga apa yang diimpikan oleh warga SMKJR akan menjadi kenyataan.Insyallah!
Sekalung penghargaan kepada :
Kagumas Catering Services Sdn Bhd,YDP PIBG,Pengetua SMKJR,AJK PIBG,Guru-guru SMKJR,Kakitangan SMKJR,Ibu Bapa pelajar,Pelajar-pelajar SMKJR dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.




Thursday, May 27, 2010

Selamat Datang Ke Majlis Makan Malam Amal SMKJR



Ke Arah Kecemerlangan PMR 2010 SMKJR

TAKLIMAT ePORTAL SKOR A

KHAMIS 27 MEI 2010 - PIBG SMKJR akan mengadakan taklimat kepada ibubapa/penjaga dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada 12 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Lestari SMKJR.Taklimat ini bertujuan untuk merealisasikan kecemerlangan pelajar PMR 2010.Taklimat ini adalah anjuran PIBG SMKJR.
Di sini dilampirkan surat makluman tentang aktiviti tersebut:


Saturday, May 22, 2010

LAWATAN KE RUMAH AMAL CHESHIRE SELANGOR

SABTU 22 MEI 2010 - Pada hari Khamis 13 Mei 2010, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran , SMK Jalan Reko dengan kerjasama BIRO Badan Kebajikan Kelas Khas PPKI telah mengadakan satu sesi lawatan ke Rumah Amal Cheshire,Selayang, Selangor. Lawatan seramai 54 orang termasuk guru, ppm, ibu bapa dan pelajar ini bertujuan untuk meninjau program ’Economic Empowerment Project ’ yang dijalankan untuk memberi pendedahan ,kemahiran serta persediaan untuk bekerja bagi golongan kurang upaya. Lawatan ini memberi input yang sangat baik mengenai latihan kemahiran dan hala tuju kejaya pelajar-pelajar pendidikan khas dalam menerokai bidang pekerjaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.cheshire.org.my






LAWATAN MUHIBAH DARI SMK PALONG TIMOR, JOHOR.

SABTU 22 MEI 2010 - SPada hari Jumaat 07 Mei 2010, seramai 25 orang pelajar bersama-sama 8 org guru, 4 ibubapa dan seorang PPM telah mengadakan lawatan ke Program Pendidikan Khas SMKJR. Rombongan diketuai oleh Pn. Hjh.Kalsom Bt. Yusof selaku Penyelaras Program Pendidikan Khas integrasi SMK Palong Timor.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah disamping melihat program yang dijalankan di PPKI SMKJR.






Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - 17 Mei 2010

SELASA 18 MEI 2010 - Majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Wawasan SMKJR bermula pada jam 7.30 hingga 12.30 tgh.Suasana meriah disepanjang majlis berlansung yang telah dihadiri oleh pelajar sesi pagi dan petang dengan memakai pakaian tradisional mengikut kebudayaan masing-masing.Sambutan kali ini adalah dibawah kelolaan Unit Sains & Matematik dibawah pimpinan Pn.Fatimah bt Ali.Tahniah kepada beliau dan ajk-ajk Sambutan Hari Guru pada tahun ini kerana telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan lancar dan teratur.Selamat Hari Guru,Cikgu!Pengorbanan dan jasamu akan dikenang sepanjang hayat oleh warga pelajar SMKJR.




Monday, May 17, 2010

Majlis Bacaan Perutusan Hari Guru -16 Mei 2010

ISNIN 17 MEI 2010 - Majlis pada 14 Mei 2010(Jumaat) ini berlansung di Dataran Wawasan bermula pada pukul 7.30 -8.10 pagi.Majlis ini dihadiri semua guru dan semua pelajar-pelajar sesi pagi SMKJR.Perutusan dari Menteri Pendidikan dan Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh En.Ahmad b Abdullah dan En.Mohd Syahizam bt Shair.Majlis diserikan lagi dengan ucapan ringkas dari pengetua Pn.Rosny bt Osman.Majlis bersurai jam 8.10 pagi.






















Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei 2010) Buat Warga Pendidik SMKJR & Semua Guru Seluruh Malaysia





Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah

JUMAAT 14 MEI 2010 - Seramai 49 orang pelajar telah mendaftar ke Tingkatan 6 Rendah di SMKJR pada 10 Mei 2010 (Isnin).Daripada jumlah tersebut, 21 orang pelajar aliran sains dan 28 orang pelajar aliran kemanusiaan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lepasan SPM dari SMK Jalan Reko, SMK Bandar Baru Bangi, SMK Jalan 3 dan SMK Jalan 4.Kami Warga SMKJR mengucapkan selamat datang ke SMKJR.Sepanjang program suai kenal selama 5 hari,pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.Antaranya taklimat HEM,Kurikulum,Bimbingan Kaunseling,Unit KOKu,Unit Disiplin,Sukaneka dan beberapa acara lain.




Wednesday, May 12, 2010

Kuiz Sains Pertanian Negeri Selangor 2010

RABU 12 MEI 2010 - Seramai 10 orang pelajar dengan diringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Pn.Rohani Mohd Nor dan Pn.Salawati bt Badron telah menyertai satu lawatan ke Jabatan Pertanian Kuala Selangor pada 09 Mei 2010(Ahad). Acara yang diadakan di sana ialah pameran barang-barang pertanian serta teknik menjawab soalan Sains Pertanian dan kuiz telah diadakan disepanjang majlis itu.Peserta dari SMKJR telah mendapat Johan dan Naib Johan dalam pertandingan Kuiz Sains Pertanian Peringkat Negeri Selangor.Tahniah diucapkan kepada Johan: Nur Zahraa bt Zainal dan Naib Johan: Nur Aqilah Amirah bt Amir.Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Puan pengetua pada perhimpunan khas pagi Rabu 12 Mei 2010.Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Kuala Selangor,Jabatan Pertanian ,Kuala Selangor dan Tn.Hj.Kamaruddin (Guru Cemerlang)serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Monday, May 10, 2010

Ladap 3

ISNIN 10 MEI 2010 - Kursus yang bertajuk Perancangan Strategik Dalam Organisasi Pendidikan telah diadakan di Dewan Lestari SMKJR pada jam 9.00 hingga 12.30 tgh. Pada kursus kali ini En.Mohd Yasin Bin Hj Buang (Ketua Unit Kualliti) PPDHL telah memberi taklimat mengenai perancangan strategik organisasi dalam sesebuah sekolah.Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan dari kami pihak sekolah kepada beliau kerana sudi meluangkan masa memberi sedikit sebanyak maklumat tentang perancangan strategik.Insyallah kami warga SMKJR akan memenafaatkan apa yang telah kami dapat pada hari tersebut.








Guru-guru sedang mendaftar nama di meja pendaftaran.











Ucapan alu-aluan dari Puan Pengetua.















Encik Mohd Yasin B Hj Buang sedang memberi taklimat kepada guru-guru SMKJR.









Khusyukya mendengar.....!

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMKJR JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 ,4 DAN 5.







Jadual Peperiksaan Sesi Petang