Sunday, May 27, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Pada 16 Mei 2012 (Rabu)

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN
TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Barisan pentadbir dan guru-guru bersedia untuk diarak ke Dataran Wawasan


Permainan 'Musical Chair' dimenangi oleh En.Mohamad Jalil...

Persembahan guru dan pelajar yang menghiburkan


Perlawanan bola tampar antara guru lelaki dengan pelajar-pelajar



Ucapan Pn. Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan)

Ikrar Guru dan nyanyian Guru Malaysia dibawah pimpinan
Pn.Fatini Diana bt Othman

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan
oleh Pn.Che Normalis bt Alias

Jamuan makan tengahari untuk guru-guru di Dewan Lestari

Tuesday, May 15, 2012

Hari Keluarga & LADAP SMKJR 2012

Selasa 15 Mei 2012 Hari Keluarga SMKJR telah diadakan di Wetland,Putrajaya pada 12/05/2012 (Sabtu) bermula dari 8.30 pagi dan bersurai pada jam 1.00 petang. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah 'Orintereeng'.Guru-guru dibahagikan beberapa kumpulan dengan berpandukan kompas dan peta bagi mencari arah. Pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Kumpulan SUCI yang telah diketuai oleh En.Izwan b Latif. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Che Normalis b Alias ,Penolong Kanan SMKJR.

REKO MARA,REKO JAYA.....

Sebelum berorientereeng jom berposing dulu....

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang....


Sementara ibu-ibu mencari arah,anak-anak ditemani oleh bapa 
sibuk membuat aktiviti meniup belon....


Seronoknya.......

Tengah berbincang mencari arah supaya tidak sesat nanti....



Berehat setelah selesai menjalankan aktiviti

Tahniah kepada Unit KOKO dan Kelab Guru kerana telah dapat menyempurnakan Hari Keluarga & LADAP dengan jayanya. Terima Kasih juga diucapkan kepada Urusetia Wetland, Putrajaya kerana bekerjasama menjayakan hari keluarga ini.





Tuesday, May 1, 2012

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


JADUAL TINGKATAN 4



Pembetulan
      
TINGKATAN 3

Majlis Kenangan Bersama Kekal Selamanya



Jumaat 27 April 2012 Majlis Kenangan Bersama kekal Selamanya untuk Puan Fatimah bt Ali (Ketua Bidang Sains dan Matematik) telah berlansung di Dataran Wawasan bersama para guru dan pelajar. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh. Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah bagi meraikan Puan Fatimah telah diserikan dengan ucapan dari Penolong Kanan,Pn.Che Normalis bt Alias, Ketua Pelajar dan Pengerusi Kelab Guru, En.Mohamad Jalil. Persembahan dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas,Kelab Kebudayaan dan persembahan dari guru-guru. Majlis ini telah berjalan lancar atas kerjasama semua warga SMKJR. Terima kasih diucapkan kepada semua warga yang terlibat.


Penyampaian cenderahati daripada Unit Kurikulum dan Kokurikulum

Penyampaian Sijil Penghargaan dari pihak sekolah telah disampaikan 
oleh Pn.Che Normalis bt Alias. Jasamu Dikenang Pn.Fatimah.....

Hari terakhir bergelar Guru SMKJR....sayonara!

Salam perpisahan dari rakan seperjuangan serta pelajar-pelajar.....

Persembahan daripada guru dan pelajar


flying kiss.....

Selamat tinggal semua...panjang umur jumpa lagi!

Lambaian perpisahan daripada warga SMKJR buat Pn.Fatimah bt Ali

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke 18 2011

Pada  21 April 2011 (Sabtu) yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 Kali Ke 18 bertempat di Dewan Lestari.Majlis bermula pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan pada sesi 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Mohd Mahmudi b Bakri, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Majlis juga telah diserikan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar seperti persembahan dari alat perkusi (PPKI), Nasyid dan Tarian Tradisional dari kelab kebudayaan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima hadiah pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada tetamu jemputan,ibubapa,guru-guru serta para pelajar yang terlibat secara lansung atas kesudian hadir pada majlis ini. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan terima kasih.Semoga berjumpa lagi pada majlis yang akan datang.


Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh para pentadbir

Ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

Persembahan dari pelajar-pelajar PPKI dan Kelab Kebudayaan SMKJR

Pelajar PMR ,SPM dan STPM cemerlang

Tahniah kepada pelajar cemerlang STPM 2011

Bergambar kenangan bersama Tuan Hj.Mohd Mahmudi b Bakri,
 Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah bekerjasama
menjayakan majlis pada tahun ini.

Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi

Taman Mini hasil kreativiti dari En.Ahmad b. Abdullah(Guru MPV) bersama 
pelajar-pelajarnya.Tahniah!!



Tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2011.
Teruskan usaha anda untuk berjaya..