Wednesday, June 22, 2011

Minggu Pendidikan Kerjaya

Rabu 22 Jun 2011 - Minggu Pendidikan Kerjaya telah dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM Pn.Sehidah bt Sirajuddin pada 17 Jun 2011 di Dataran Wawasan.Majlis ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling yang diketuai oleh Pn.Jemiat bt Md.Ali. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi ,dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mustafa . Seterusnya ucapan dari Pn.Jemiat bt Md.Ali (Guru Bimbingan & Kaunseling) .Dalam ucapan, beliau memberi penerangan mengenai kerjaya selepas SPM serta peluang pendidikan selepas tamat persekolahan. Antara aktiviti Minggu Pendidikan Kerjaya ini ialah Pameran Pendidikan Kerjaya,Buku Skrap Kerjaya, Teka Silang Kata Kerjaya, Top Kuiz kerjaya dan Kuiz Harian Kerjaya.Majlis dirasmikan oleh Pn.Sehidah bt Sirajuddin .Seterusnya persembahan dari pelajar-pelajar PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) iaitu Pertandingan Kuiz Kerjaya. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM.Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.


Pengerusi majlis memulakan majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa.


Ucapan pembukaan dari Pn.Jemiat bt Md.Ali

Ucapan perasmian oleh Puan Sehidah bt Sirajuddin (Penolong Kanan HEM)

Majlis perasmian oleh Puan Sehidah bt Sirajuddin


Pertandingan Kuiz Kerjaya oleh pelajar-pelajar PRS


Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz kerjaya
disampaikan oleh Penolong Kanan HEM

Puan Sehidah menerima cenderahati dari Unit Bimbingan & Kaunseling

Sunday, June 5, 2011

Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Ahad 5 Jun 2011 - Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi T.2011 telah disambut pada 27 Mei 2011 (Jumaat) di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko, Kajang. Majlis yang dikelolakan oleh Bidang Bahasa telah dimulakan jam 7.30 pagi dengan perarakan guru-guru masuk ke Dataran Wawasan. Selepas bacaan doa oleh En. Mustafa bin Mohd Isa, agenda diteruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian Guru Malaysia. Pada pagi itu warga mendengar ucapan Ketua Pelajar dan Pengetua. Walaupun hujan pada pagi itu, sambutan yang disambut secara sederhana sungguh meriah. Ini kerana semua pelajar setiap tingkatan dan guru bekerjasama erat untuk menyempurnakan sambutan hari guru . Penglibatan ramai pelajar melambangkan warga pendidik mampu melakukan transformasi bagi melahirkan lebih ramai lagi golongan yang bijak pandai untuk memimpin negara sesuai dengan tema ‘Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara’ . Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Terima kasih kepada Pengetua, semua penolong kanan, ketua bidang, ajk pelaksana, guru-guru dan pelajar-pelajar serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah secara langsung dan tidak langsung,
Pimpin dan didiklah anak murid kita cikgu.
Selamat Hari Guru.