Tuesday, February 22, 2011

Majlis Pembugaran Nilam 2011


SELASA 22 Februari 2011 - Majlis Pembugaran Nilam berlansung pada 18hb Februari (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman. Majlis ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah kelolaan Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi.Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.Pada majlis ini juga telah berlansung majlis penganugerahan tokoh nilam serta para pemenang anugerah nilam 2010.Tokoh nilam pada tahun 2010 telah memenangi sebuah basikal sumbangan PIBG SMKJR dan pemenang kedua telah memenangi satu unit portable hardisk 500Gb.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar pada tahun 2011 untuk menjadi antara pemenang tokoh nilam.


Tuesday, February 15, 2011

Pesta Ponggal 2011

RABU 16 FEBRUARI 2011 - Sambutan Pesta Ponggal peringkat sekolah telah diadakan pada 12/02/2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Lestari SMKJR. Majlis ini juga telah dihadiri oleh guru-guru SMKJR,wakil PIBG serta pelajar-pelajar india. Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran tetamu serta pelajar-pelajar yang hadir memeriahkan pesta ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali dengan ucapan serta upacara memotong reben. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan tarian india oleh pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Tamil. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang pesta ini ialah Pertandingan membuat Kholum,Masak Ponggal,Khabadi dan Pecah Belanga yang disertai oleh para pelajar. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh tetamu jemputan Pn.Angamah serta guru-guru penasihat persatuan bahasa tamil. Majlis bersurai pada jam 1.30 petang




Monday, February 7, 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 17


Ahad 6 Februari 2011 - Mesyuarat Agung PIBG merupakan upacara kemuncak tahunan bagi ahli PIBG dan warga sekolah . Oleh itu pada 29 Januari 2011 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 pada 29 Januari 2011, bertempat di Dewan Lestari SMKJR. Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG, Dr.Tuan Suhaimi bin salleh.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SMK Jalan Reko. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua, Pn. Rosny bt. Osman yang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SMK Jalan reko, dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan seterunya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG 2011
Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Pn. Rohaniah bt. Kassim. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn. Anita bt Sabudin. Pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa akan dibawa untuk perbincangan oleh jawatankuasa yang dilantik. Lantikan jawatankuasa baru PIBG telah dijalankan dengan lancer dan dikendalikan oleh En.Izwan b. Abdul Latiff, pengerusi sementara. Majlis telah berakhir pada jam 11.30 pagi.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Reko mengucapkan rasa penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agong pada kali ini , dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011









Pendaftaran ibubapa bermula jam 7.30 pagi di hadapan Dewan Lestari.


Ucapan daripada Pengetua Pn.Rosny bt Osman.



Ajk PIBG mewakili (ibubapa)sesi 2010 menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua.





Ajk mewakili guru-guru menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua




Suasana semasa mesyuarat berlansung.

Tuesday, February 1, 2011

Sesi Temuduga & Ujian Diagnostik Pelajar PPKI 2011

ISNIN 7Januari 2011 – Pendaftaran murid baru PPKI telah diadakan pada 3 Januari 2011. Seramai 13 orang murid telah mendaftar.Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.Sehubungan itu, sesi temuduga dan ujian diagnostik telah diadakan pada 04 hingga 06 Januari 2011 (Selasa hingga Khamis) bagi menguji tahap kebolehupayaan perkembangan asas dari aspek bahasa dan komunikasi, tingkah laku, pengurusan diri, koordinasi motor kasar dan pengamatan serta koordinasi motor halus dan pengamatan murid. Pengujian asas ini adalah bertujuan untuk membantu program menempatkan murid pada tahap yang bersesuaian dengan kebolehupayaan dan potensi mereka.Pelaporan hasil ujian diagnostik murid-murid oleh Pn. Yap Eit Moy (Penolong kanan Pendidikan Khas) pada Hari Bertemu Pelanggan, 7 Januari 2011 (Jumaat).Turut dibentangkan adalah halatuju program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Jalan Reko kepada semua ibubapa yang hadir.Ini bertujuan supaya warga baru PPKI faham, bersifat proaktif dalam memberi sokongan yang jitu bagi menjayakan misi dan merealisasikan visi program.



Ujian diagnostik 1 :Pengurusan diri


Ujian Diagnostik 3: Pengamatan motor halus dan pengamatan

Ujian Diagnostik 2: Pengamatan motor kasar dan pengamatan

Ujian Diagnostik 4: Ujian tahap penguasaan Bahasa Melayu

Ujian Diagnostik 5: Ujian tahap penguasaan Matematik



Hari Bertemu Pelanggan: Pn. Yap Eit Moy membentangkan laporan ujian diagnostik dan penempatan murid baru PPKI sesi 2011 kepada ibubapa. Turut dibentang ialah halatuju program PPKI SMK JalanReko.