Sunday, December 30, 2012

TAHNIAH PMR 2012



SEMUA WARGA SMKJR MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM 
PEPERIKSAAN PMR 2012

Pengetua memberi ucapan pada sesi penyerahan 
slip peperiksaan pelajar cemerlang

Guru -guru tingkatan sedang sibuk mengambil slip
 daripada S/U peperiksaan 
 Pelajar sedang mengambil keputusan mengikut
 kelas masing-masing

 Penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar
 yang cemerlang

Tahniah kepada semua yang mendapat 8A

ANALISA KEPUTUSAN PMR 2012



Sunday, November 11, 2012

Tuesday, November 6, 2012

GLAMOROUS GOLDEN NIGHT 2012


Jamuan akhir tahun 2012 untuk guru-guru SMKJR dengan tema 'Glamorous Golden Nite" telah diadakan di Hotel Residence ,UNITEN Bangi pada 16 Oktober 2012 (Selasa). Bermula pada jam 7.30 malam ketibaan para guru staf serta jemputan tiba diperkarangan lobi utama hotel disambut oleh AJK Kelab Guru dan pentadbir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mustafa serta ucapan pengerusi kelab guru En.Mohammad Jalil. Seterusnya ucapan daripada Pengetua,Puan Zaitun bt Ibrahim. Cabutan nombor bertuah dan beberapa gimik serta persembahan turut diadakan sebagai acara selingan. tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah berupa sijil di majlis itu.Diharap dengan anugerah seperti ini akan memberi semangat dan dorongan agar lebih komited dalam perkhidmatan.Tahniah diucapkan kepada semua AJK kelab guru SMKJR 2012 kerana telah dapat menganjurkan majlis pada tahun ini berjalan dengan lancar serta meriah.Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.









  









Sunday, November 4, 2012

Majlis Laluan Redha Pelajar STPM & SPM


Pada 3 November 2012 (Jumaat) Majlis Laluan Redha telah diadakan untuk pelajar-pelajar STPM & SPM bertempat di Dataran Wawasan. Tepat pada jam 7.30 pagi semua pelajar tingkatan 6 Atas & Tingkatan 5  serta guru-guru berkumpul di Dataran Wawasan.Majlis bermula dengan taklimat oleh Pn.Azira Badarudin selaku SuSPM dan ucapan ringkas daripada Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias. Seterusnya penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh wakil IUKL untuk para pelajar berupa alat tulis.Panitia Agama Islam juga turut menyumbangkan Kismis untuk semua pelajar.Terima kasih diucapkan.Acara laluan redha bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada Unit Bimbingan & Kaunseling kerana telah menganjurkan majlis ini dengan lancar.Kami bagi pihak seluruh warga SMKJR mendoakan calon-calon STPM & SPM akan beroleh kejayaan. Jagalah nama baik anda,guru-guru serta sekolah sepanjang peperiksaan diadakan.Reko Mara,Reko Jaya!



Pelajar-pelajar memohon keberkatan daripada guru-guru

Ucapan daripada Penolong Kanan Pn.Che Normalis bt Alias dan 
Taklimat oleh SuSPM Pn.Azira bt Badarudin

 Semua pelajar Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5 berkumpul 
di Dataran Wawasan
  
 Bersama-sama menyanyikan lagu 'Kau Boleh'



Nik Iffah Hazirah...Kami semua mendoakan kejayaan anda!

Suasana sedih turut dirasai bersama-sama....Anda Boleh!

Friday, November 2, 2012

Semoga Berjaya


Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar Tingkatan 5 (SPM) dan 6 Atas (STPM). Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang kelak.

Ikhlas daripada:
Pn.Zaitun bt Ibrahim
Pengetua SMK Jalan Reko,Kajang



Thursday, November 1, 2012

SELAMAT MAJU JAYA


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SMKJR
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM
2012


KAMI SEMUA WARGA SMKJR MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA!

Jadual Peperiksaan SPM