Sunday, March 23, 2014

SPM 2013.TAHNIAH !!

20 Mac 2013 merupakan hari bersejarah bagi pelajar-pelajar SPM 2013. Pada jam 11.30 pagi keputusan telah tiba di Dewan Lestari bersama Pengetua yang diiringi oleh Penolong Kanan Pn.Che Normalis bersama setiausaha SPM Pn.Azira bt Badaruddin. Pengetua telah mengumumkan keputusan dan pelajar-pelajar yang cemerlang 2013.Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dan kepada yang kurang berjaya diharap jangan berputus asa. pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa,PIBG,guru-guru serta pelajar-pelajar Tingkatan 5 2013 kerana telah banyak membantu, memberi kerjasama,tenaga dan menaikkan nama sekolah dengan apa cara sekali pun. Kami warga SMKJR sangat menghargai semua itu,Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas segala jasa anda semua.Tahniah sekali lagi buat pelajar-pelajar yang berjaya!

GPS meningkat 5.48(2013) berbanding 5.97 (2012). 16 orang telah mendapat 6A,7A 8A dan 9A berbanding 2012 yang hanya mendapat 6 orang cemerlang. Cut Ulfah Nihayati dari 5 Sains merupakan pelajar terbaik kerana mendapat 9A dalam semua mata pelajaran.

Keputusan sedang dianalisa oleh Unit Peperiksaan




Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2013 sedang menunggu keputusan mereka masing-masing

Pengetua sedang mengumumkan keputusan
































Tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang

Cut Ulfah Nihayati mendapat 9A.Tahniah!!






Friday, March 21, 2014

Selamat Bercuti

22 Mac hingga 30 Mac 2014

Thursday, March 20, 2014

Sunday, March 16, 2014

Majlis Pelancaran Dasar Warga Emas Negara


Majlis Pelancaran Dasar warga Emas Negara telah dilancarkan pada 3/3/2014 Isnin bertempat di Dataran Wawasan SMKJR. Tetamu jemputan pada majlis ini ialah mantan pengetua sekolah iaitu Pn Wan Fatimah bt Wan Muda. Beliau hadir diringi oleh pengetua dan barisan pentadbir dan juga semua warga sekolah tepat jam 7.30 pagi. Terima kasih kepada mamtan pengetua kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini dan juga melawat kami warga SMKJR. Jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila.

Para pengawas sedang menunggu tetamu jemputan

Tetamu diringi oleh Puan Pengetua dan barisan pentadbir ke pentas utama

Mantan Pengetua Pn.Wan Fatimah bt Wan Muda sedang menyampaikan ucapan


Kek yang disediakan untuk majlis ini oleh Unit Bimbingan & Kaunseling

  


persembahan nyanyian duet daripada kelab kebudayaan sekolah



Upacara potong kek tanda rasminya majlis ini


Cenderahati khas untuk Mantan Pengetua

Majlis bersurai,tetamu dibawa ke Cafe D'Reko untuk jamuan pagi



Friday, March 14, 2014

Program Khidmat Masyarakat Bersama-sama Anak-Anak Istimewa



Pada  28/2/2014 (Jumaat) bertempat di Dewan PPKI,SMK Jalan Reko Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulangat telah mengadakan satu Program yang dinamkan 'Program Khidmat Masyarakat Bersama Anak-anak Istimewa' anjuran Persatuan pandu Puteri Daerah Hulu Langat. Program yang bertema 'Education Open Doors To All Boys And Girls'berlansung pada jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah kraftangan dan 'Action Songs' serta beberapa aktiviti seperti menjahit,melukis dan membuat kolaj.