Monday, June 28, 2010

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

ISNIN 28 JUN 2010 - Pada hari ini berlansung Majlis Perasmian Hari Koperasi Peringkat Sekolah dengan tema' KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH' telah berlansung di Dataran Wawasan Sekolah bermula pada jam 7.30 pagi.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali (Penolong kanan).Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah,ikrar pelajar,nyanyian lagu koperasi oleh pengawas-pengawas koperasi serta penerangan tentang kepentingan Koperasi Sekolah dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi.Majlis diteruskan dengan ucapan perutusan dari YDP ANGKASA,YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan YB Menteri Pelajaran yang dibaca oleh Ajk-ajk Koperasi sekolah serta acara menanam pokok (Wrightia Religiosa- Melati) yang telah disempurnakan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali.Pokok ini telah diserahkan kepada Unit Lanskap sekolah untuk dijaga.Majlis selesai dan pelajar masuk ke kelas masing-masing pada jam 8.15 pagi.

Friday, June 25, 2010

Latihan Kebakaran Kali Pertama - 25 Jun 2010

JUMAAT 25 JUN 2010 - Latihan Kebakaran telah diadakan pada jam 9.15 pagi bertempat di padang SMKJR. Latihan ini melibatkan pelajar-pelajar sesi pagi dan semua guru dan staf sokongan terlibat dalam latihan kebakaran ini.Latihan ini mengambil masa 20 minit bagi semua pelajar turun ke padang sekolah.Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan kesemua pelajar telah mengikut arahan yang telah diberikan..Pn.Shehidah telah memberi taklimat kepada semua pelajar-pelajar mengenai latihan kebakaran ini.Pelajar bersurai dan masuk ke kelas semula pada jam 10.00 pagi.





Saturday, June 5, 2010

Majlis Mulus Budi Jasa Abadi - Tn.Haji Ahmad Jamungi & Pn.Angamah

















SABTU 05 JUN 2010 - Majlis Persaraan 'Mulus Budi Jasa Abadi' telah berlansung di Dewan Lestari tepat jam 8.00 pagi diringi hujan yang agak sederhana lebat seakan mengerti apa yang tersirat dihati kami warga SMKJR kerana beberapa jam lagi kami akan kehilangan 2 insan yang amat kami bangga akan mengakhiri tugas sebagai seorang pendidik.Majlis dimulakan mengikut aturcara yang telah dirancang dan alhamdullilah ianya berjalan lancar seperti yang dirancang.Terima kasih kepada semua para pentadbir,Ajk-ajk Kelab Guru,guru-guru,staf sokongan serta pelajar-pelajar SMKJR yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.Kepada Tn.Hj.Ahmad Jamungi dan Pn.Angamah ,kami seluruh warga SMKJR mendoakan anda berdua akan menjalani hidup yang lebih sempurna dan ceria serta sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.Kalau rindu....datangla menjenguk kami di SMKJR!!

TERIMA KASIH CIKGU!!!