Thursday, July 29, 2010

KREATIVITI YANG MEMBANGGAKAN!!



KHAMIS 29 JULAI 2010 - Pada perhimpunan rasmi ,Isnin 26 Julai 2010 Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua sekolah telah menyatakan rasa bangganya atas penghasilan 18 buah lukisan HASIL DARI 'KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM'.Hasil kreativiti yang terbaik dari pelajar-pelajar Tingkatan 5KE2, 5KE3 dan 5TV4 . Dengan tunjuk ajar Pn.Faridah bt. Sengot dan En. Salmi b.Zakaria guru Pendidikan Seni pelajar tersebut telah menyerlahkan bakat penghasilan lukisan yang berkualiti tinggi. Tahniah kepada para pelajar kerana berjaya menghasilkan lukisan yang membanggakan. Semoga menjadi contoh kepada pelajar lain dalam meningkatkan kualiti diri.






Wednesday, July 28, 2010

Gotong Royong Pejabat Guru

RABU 28 JULAI 2010 - Pada 24 Julai 2010 (Sabtu) Kelab Guru SMKJR telah mengadakan gotong-royong membersih,menceriakan dan mengemas pejabat guru pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi.Tujuan diadakan gotong-royong ini adalah untuk merealisasikan matlamat sekolah ceria dan bersih menjelang 2013 dan juga sebagai tanda pemuafakatan serta semangat muhibbah yang berkonsepkan 1 Malaysia.Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran semua guru yang telah memberi komitmen yang sangat menggalakkan. Bagi pihak Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian guru menghadirkan diri pada hari tersebut.Harapan agar pemuafakatan ini akan dapat diteruskan.

"KEBERSIHAN MENJADI KEUTAMAAN KAMI"



Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM PERMATA BONDA 2010



'SETITIS AIR MATA SERIBU KEINSAFAN'

SELASA 27 JULAI 2010 - Program Permata Bonda Pelajar Tingkatan Tiga Tahun 2010 telah berlansung dengan jayanya pada Jumaat 23 Julai 2010 yang lalu. Program ini merupakan program tahunan khas untuk calon-calon yang bakal menduduki PMR tahun ini.Objektif utama program ini adalah bagi menanamkan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar di samping memupuk semangat dan membina keyakinan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Program yang bermula dari jam 6.00 petang itu dimulakan dengan pendaftaran pelajar,makan malam pelajar, solat maghrib, bacaan surah yassin dan solat isyak berjemaah. Tepat pada jam 9.00 malam tayangan video dan program motivasi telah dijalankan dengan dikendalikan oleh Fasilitator Kepimpinan SAZIC 52477. Jumlah kehadiran pada malam tersebut amat membanggakan , iaitu seramai 257 pelajar dan 104 orang ibu bapa. Program malam itu juga turut disertai oleh Puan Pengetua dan barisan pentadbir sekolah. Pihak urusetia program merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut menyumbang dan menjayakan program berkenaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat keberkatan disisi Allah SWT.



Thursday, July 22, 2010

TAKWIM UJIAN & PEPERIKSAAN

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA SMK JALAN REKO DAN IBU BAPA

  • UJIAN 2 - TINGKATAN PERALIHAN, 1, 2, 4 DAN 6 BAWAH - 16.08 2010 HINGGA 20.08.2010
  • PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR - 16.08.2010 HINGGA 20.08.2010
  • PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN STPM - 23.09.2010 HINGGA 11.10.2010




Friday, July 16, 2010

Majlis Penutup Bulan Membaca

JUMAAT 16 JULAI 2010 - Majlis Penutupan Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada pagi ini jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan.Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian hadiah Nilam kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber sekolah.Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Rosny bt Osman.
















Antara pelajar-pelajar yang telah berjaya memenangi Pertandingan Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber SMKJR. Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua,Pn.Rosny bt Osman.

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling

KHAMIS 15 JULAI 2010 -Kursus ini telah diadakan di Dewan Lestari SMKJR yang melibatkan semua pelajar PRS sesi pagi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang telah dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.Penceramah jemputan iaitu En.Ismail bin Ahmad dari Universiti Putra Malaysia telah dijemput pada program kali ini.Sekalung ucapan terima kasih diucapkan di atas kesudian beliau menghadirkan diri pada program yang telah dijalankan.

Thursday, July 15, 2010

Kumpulan 'Cheerleaders' SMKJR di Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean 2010


RABU 14 JULAI 2010 - Seramai 45 orang pelajar Tingkatan 5 SMKJR telah terpilih menjadi kumpulan sorak (Cheerleaders) bagi Negara Thailand dalam Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean di dalam kejohanan permainan sepaktakraw di Kompleks Sukan,Presint 11, Putrajaya.Turut serta ialah 2 oarang guru pengiring bagi kumpulan sorak ini ialah Pn.Noor Habibah bt Kaderan dan Pn.Rosidah bt Tahir. Kejohanan ini bermula pada 12 - 21 Julai 2010.










































Pesanan dari Bonda Rosny:Jaga diri anak-anak,jaga nama baik sekolah dan maruah sekolah kita ye!(Pesanan kepada Kumpulan Sorak SMKJR sebelum bertolak ke Presint 11,Putrajaya 16 Julai 2010- Jumaat)