Friday, March 29, 2013

Keputusan SPM 2013


Hari pengambilan keputusan SPM 2013 pada 21 Mac 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Lestari SMKJR.Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang.Semoga beroleh kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.














Tahniah kepada yang berjaya!













Senarai pelajar cemerlang 2013

Tahniah dari semua warga SMKJR kepada Nik Iffah hazirah bt Tuan Suhaimi
3A+ 5A 1A-


Bersama ayahanda tercinta yang banyak memberi
dorongan dan semangat 

Menerima cenderahati dari pihak UNITEN




Wednesday, March 27, 2013

Keputusan STPM 2013

Pada 18/03.2013 (Isnin) yang lalu keputusan STPM telah diumukan.tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya. Pada jam 11.30 pagi bertempat di dewan Lestari SMKJR bekas pelajar Tingkatan 6 Atas telah bersedia untuk mengambil keputusan mereka bersama-sama guru-guru tingkatan 6 yang telah diketuai oleh Pn,Zuraida bt Abu selaku guru tingkatan mereka.

Pelajar cemerlang bersama Pn.Norain bt Musa
 (Penolong  Kanan Ting.6)






Syahirah bt Zamasry
2A 1B 1 C

Intan Nur Shazielia bt Samsudin
3B 1C


Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.Teruskan usaha anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Sunday, March 10, 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE





Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Mentor Mentee  pada 8 Mac 2013 (Jumaat) yang lalu bertempat di dataran Wawasan. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan) seterusnya penyerahan fail kepada Pn.Rozarina bt Bukhari.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati serta mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. Selain itu ia juga membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah,hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan murid.

Majlis diakhiri dengan persembahan pelajar dengan nyanyian duet. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi


Bacaan doa permulaan majlis

Pn.Jemiat bt Mohd Ali (Kaunselor)




Ucapan Perasmian Pn.Che Normalis bt Alias

Menanda tangani banner tanda perasmian mentor mentee

Pn.Che Normalis menerima cenderahati

Persembahan nyanyian dari pelajar