Monday, September 26, 2011

Majlis Anugerah Qualiti Prima 2011

Isnin 26 September 2011 - Majlis Anugerah Qualiti Prima telah berlansung dengan jayanya pada 24 September 2011 (Sabtu) di Dewan Lestari SMKJR. Majlis bermula seawal 7.15 pagi bagi pendaftaran penerima anugerah serta guru-guru. Ketibaan ibubapa bermula pada jam 8.45 pagi dan seterusnya majlis bermula pada jam 9.30 pagi.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi sekolah dan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa. Majlis telah dirasmikan oleh Pemangku Pengetua ,Pn.Fuziah bt Md Ali.

Majlis Qualiti Prima ini merupakan majlis yang dirancang khas untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pepimpin sekolah. Ia juga diharap dapat menonjolkan para pelajar mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2011. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat dijadikan pemangkin serta pembakar semangat untuk mereka lebih berjaya pada masa akan datang.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar PPKI(nasyid), Tarian 'Dia Datang' (Kelab Kebudayaan), Nyanyian Duet(Kelab Kebudayaan) , (Nyanyian Berkumpulan) Persatuan Puteri Islam dan Persembahan Seni Silat Mempertahankan Diri (Kelab Kebudayaan).



Antara penerima-penerima anugerah pada tahun ini. Tahniah diucapkan.




Tokoh Pemimpin Harapan dan Tokoh Kokurikulum Harapan 2011

Gambar-gambar sekitar Majlis Qualiti Prima 2011

Friday, September 16, 2011

Majlis Penutupan Bulan Patriotisme 2011

Jumaat 16 September 2011 - Majlis ini berlansung di Dataran Wawasan pada jam 7.30 pagi yang telah dihadiri oleh semua warga SMKJR sesi pagi. Bulan Patriotisme ini telah mula diraikan bermula pada 15 Ogos 2011 hingga 15 September 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah sempena bulan kemerdekaan ini yang telah dikendalikan oleh panitia-panitia di bawah Bidang Kemanusiaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Abdul Ghaffar b Abdullah dan seterusnya ucapan penutupan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali (Pemangku Pengetua). Pengacara majlis pada kali ini ialah Pn.Haslina bt Ibrahim.


Seterusnya penyerahan replika keris yang disampaikan oleh Pn.Rohaniah bt Kassim (Ketua Bidang kemanusiaan) kepada Pn.Fuziah bt Md Ali (Pemangku Pengetua) sebagai simbul selesainya sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Penyerahan Replika Keris disampaikan oleh Pn.Rohaniah bt Kassim kepada Pn.Fuziah bt Md Ali (Pemangku Pengetua)

Persembahan Koir dengan lagu '1 Malaysia' oleh pelajar-pelajar SMK Kajang Utama (Program RIMUP)

Persembahan Koir dari pelajar-pelajar 4Sc SMK Jalan Reko dengan lagu 'Tanah Pusaka'


Persembahan Drama Patriotik bertajuk 'Puteri Gunung Ledang' oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6


Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bulan kemerdekaan yang disampaikan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali (Pemangku Pengetua)

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu 'Tanggal 31' oleh kumpulan koir dan semua warga SMKJR. Berjumpa lagi pada bulan kemerdekaan tahun 2012 insyallah!!



Para peserta majlis penutupan bulan patriotisme bergambar bersama-sama selepas majlis selesai.Tahniah semua!!

Friday, September 9, 2011

Anugerah Tokoh Nilam 2011

Jumaat 09 September 2011 - Majlis Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Sekolah telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dataran Wawasan. Majlis ini bermula jam 7.30 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada Puan Fuziah bt Md Ali (Penolong Kanan). Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi penerima-penerima nilam dan tokoh nilan 2011. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Fuziah bt Md Ali (Penolong Kanan).

Tokoh nilam menerima sebuah basikal sumbangan Encik Abd.Rahman b Ajam YDP PIBG SMK Jalan Reko yang juga merupakan pemilik My Sport Centre,kolar pin nilam,cenderahati dan juga sijil.

Tokoh Nilam 2011, Adik Muhammad Khairi b Khairul Anuar dari Kelas 3KM1 telah membaca sebanyak 600 buah buku menerima sebuah basikal.Tahniah diucapkan....

Tokoh nilam kedua tertinggi menerima sebuah portable hard disk 500GB, sumbangan Encik Sariful Nizam b Abu Bakar merupakan AJK PIBG SMK Jalan Reko,kolar pin nilam, cenderahati dan juga sijil. Penerimanya ialah adik Fatin Hanani bt Zainal Abidin dari kelas 5 Sc2 telah membaca 593 buah buku. Tahniah diucapkan....

Antara pemenang-pemenang tokoh nilam, nilam, emas, perak dan gangsa bergambar bersama Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi (Penyelaras Pusat Sumber) serta hadiah masing-masing.

Sekalung Doa dan Ingatan...