Wednesday, December 17, 2014

PERHATIAN


KEPUTUSAN PT3 2014

TARIKH : 22/12/2014
TEMPAT DEWAN LESTARI,SMKJR
MASA       : 10.00 PAGI
PAKAIAN : UNIFORM SEKOLAH

NOTA : Pelajar yang belum memulangkan buku teks dan bayaran PIBG,sila jelaskan sebelum mengambil keputusan PT3. Jika tidak,keputusan tidak akan dikeluarkan.

Wednesday, October 15, 2014

CUTI PERAYAAN DEEPAVALI



Pemberitahuan cuti perayaan Deepavali bagi SMK Jalan Reko

Sekolah akan bercuti pada 18 Okt sehingga 26 Okt 2014. Rujuk jadual di bawah:

20/10/2014  Isnin    : Cuti Berganti (23/8/2014)

21/10/2014  Selasa : Cuti Peristiwa 

22/10/2014  Rabu   : Cuti Deepavali

23/10/2014  Khamis: Cuti Berganti (27/9/2014)

24/10/2014  Jumaat : CutiBerganti (9/9/2014)


Warga SMK Jalan Reko ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua Ibubapa,guru-guru serta para pelajar yang menyambut perayaan ini. 



Friday, October 10, 2014

Selamat Berjaya Untuk Semua Pelajar Tingkatan 3


Selamat menduduki Ujian Bertulis PT3 kepada semua pelajar Tingkatan 3.Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dan akan membanggakan ibubapa dan warga sekolah.Kami semua sentiasa mendoakan anda semua.Semoga berjaya!!Usaha dan berdoa adalah yang terbaik.

Wednesday, September 3, 2014

Sambutan Ambang Merdeka 2014


Sambutan Ambang Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 28/8/2014 Jumaat yang lalu yang telah diadakan di dataran Wawasan pada jam 7.30 pagi. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG sekolah dan tetamu jemputan iaitu Sarjan Mahmud b Ahmad seorang pesara polis yang pernah berkhidmat dan bertugas mempertahankan kedaulatan negara pada suatu ketika dahulu.Beliau telah memberi ucapan dan sedikit kata-kata semangat tentang perjuangan kemerdekaan kepada seluruh warga SMK jalan Reko.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis yang gemilang ini.



Nyanyian lagu 'Warisan' dari pelajar PPKI






Para pentadbir sedang menuju ke pentas utama







Pn.Ruzana (Staf Sokongan) sedang menyampaikan lagu 'Perwira'


Perarakan pembawa bendera menuju ke Dataran Wawasan

Semua warga SMKJR menyanyikan lagu 31 Ogos bersama-sama



Panorama dari atas Dataran Wawasan

En.Izwan sedang melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali  bersama warga  sekolah



Tetamu jemputan sedang menceritakan pengalaman beliau


Antara para guru yang turut bersama-sama meraikan majlis ini


Ucapan dari Penolong Kanan 




Ahli Majlis Tertinggi sekolah juga turut meraikan 

Persembahan Tarian Pelbagai Kaum di Malaysia dari Kelab Kebudayaan sekolah


Tuesday, September 2, 2014

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014



Majlis Senak Rasa Seindah Budaya Semurni Ikatan telah diadakan pada Sabtu 23 Ogos 2014 yang lalu dengan sambutan yang sungguh meriah oleh semua warga SMKJR. Panitia Sivik merupakan tunjang utama majlis ini telah dapat mengendalikan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada seluruh warga SMKJR yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam majlis ini. 

























Monday, July 28, 2014


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SELURUH WARGA SMK JALAN REKO.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.SEMOGA BERBAHAGIA DAN SELAMAT
 SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING.

Saturday, June 7, 2014

Majlis Persaraan Pn.Sharfifah Fauziah & Pn.Vickneasvarie

Selamat Bersara khas buat Pn.Sharifah Fauziah bt Syed Basri dan Pn.Vicneasvarie a/p Thambirajah. Jasa anda berdua di SMKJR akan kami kenang sampai bila-bila.Harapan kami anda berdua berbahagia, bersama keluarga dan selamat beristirehat. Budi dan jasamu tetap terpahat dihati. Tanggal 27 Mei 2014 berakhirlah tugas anda berdua sebagai pendidik dan hari terakhir berada di alam persekolahan.Terima kasih puan!