Saturday, September 29, 2012

Majlis Anugerah Qualiti Prima 2012

Pada 22 September 2012 bersamaan hari Sabtu, Majlis Anugerah Qualiti Prima telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Lestari SMK Jalan Reko. Majlis bermula dengan sesi pendaftaran penerima anugerah serta kehadiran guru.Seterusnya,bacaan doa oleh Ustaz Mustafa.Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan Pn Che Normalis bt Alias,penolong kanan SMKJR dan ucapan perasmian oleh En. Abdul Rahman bin Ajam YDP PIBG SMKJR.
Majlis diteruskan dengan persembahan dan penyampaian anugerah.Antara anugerah yang disampaikan ialah :-
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (PPKI)
  • Anugerah Kepimpina (PPKI)
  • Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum(PPKI)
  • Anugerah Kepimpinan Pelajar
  • Anugerah Tokoh Kokurikulum
  • Anugerah Tokoh Kepimpinan
Seusai penyampaian anugerah ,sesi bergambar diadakan. Tepat jam 10.00 pagi majlis tamat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis.



Tokoh kokurikulum dan kepimpinan.



Majlis Graduasi Pelajar-Pelajar MPV 2012

 Pada 19 September 2012 bersamaan hari rabu, Majlis Graduasi pelajar-plajar MPV telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Burhanuddin SMK Jalan Reko.Majlis ini bertujuan sebagai memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar MPV yang telah memperoleh tahap pencapaian kompetensi yang telah ditetapkan . Selain itu, majlis ini bertujuan untuk menanam semangat dan motivasi pelajar ke arah meningkatkan potensi diri. Pada jam 7:30 pagi majlis ini bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar MPV.Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi JK Pelaksana, Pn. Che Normalis bt Alias iatu penolong kanan SMK Jalan Reko.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Suhaila bt Mohd Hashim iaitu Penolong Ketua Unit Teknik dan Vokasional (sek. rendah) PPD Hulu Langat.Bagi pihak unit MPV dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.





Friday, September 28, 2012

Permata Bonda

21 September 2012 (Jumaat) - SMK Jalan Reko telah berjaya mengadakan program Permata Bonda buat kali ke-4. Program ini adalah cetusan idea mantan pengetua Allahyarhamah Pn. Rosny bt Osman sejak tahun 2009.Program ini telah diterajui oleh PK Hem Smk Jalan Reko sendiri iaitu Pn.Sehidah bt Sirajudin dengan mengemblengkan tenaga bersama barisan urusetia fasilitator kepimpinan SAZIC 52477 .Program ini bertujuan untuk meyakinkan pelajar tingkatan 3 melakar kecemerlangan dalam akademik malahan mampu menjadi pelajar berperibadi serta berakhlak terpuji. 
 Antara aturcara majlis ialah pendaftaran para pelajar pada jam 6.00 petang . Selepas itu, pelajar diberikan makanan dan minuman.Azan Maghrib dikumandangkan oleh elajar dan semua pelajar diarahkan mengambil wuduk untuk solat berjemaah.Seusai solat, semua peserta membaca yasin dan menunaikan solat isyak. Selepas menunaikan solat isyak,tayangan video dan program motivasi dimulakan.
Terima kasih kepada Unit Katering,Unit Disiplin,Kelab Fotografi dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program tahunan ini.Tahun depan jumpa lagi !





Saturday, September 15, 2012

Sekolah Ganti Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri


Malam Sejuta Harapan 2012



Sabtu-8 September 2012 telah diadakan sebuah majlis, Malam Sejuta Harapan yang bertempat di dataran SMK Jalan Reko.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk pembinaan dataran berbumbung dan membaik pulih sekolah.



Pada pukul 8 malam telah bermula majlis ini dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa . Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Haji Harun bin Nordin iaitu CEO Kagumas Culinary Academy(M) Sdn Bhd .Selain itu,penolong kanan , Pn Che Normalis binti Alias juga telah menyampaikan sepatah dua kata. Pihak sekolah juga telah menjemput beberapa orang artis sebagai tarikan pada majlis gilang gemilang ini. Antara artis-artis yang dijemput ialah Kamal Adli (pelakon) , bekas pelajar SMK Jalan Reko dan dia telah ditemuramah oleh pengacara majlis. Selain Kamal Adli , Azian Mazwan Sapuan seorang penyanyi terkenal era 80-an telah dijemput juga . Dia telah menyampaikan 2 buah lagu . Anak komposer terkenal A.Ali iaitu Nurazira telah menyampaikan 2 buah lagu juga.


Persembahan dari Kelab Kebudayaan SMK Jalan Reko


Penyanyi Azian Mazwan Sapuan turut menyumbangkan 2 buah lagu pada malam itu

Semua yang hadir telah terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan . Tambahan pula , semasa majlis berlangsung telah diadakan cabutan nombor bertuah.Antara hadiah cabutan bertuah ialah hamper,basikal fixie dan tablet PC. Tahniah kepada semua pemenang nombor bertuah.



Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menderma.
Bergambar bersama-sama sebelum bersurai. Panjang umur berjumpa lagi!

Wednesday, September 12, 2012

Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutup Bulan Patriotik

Pada 30 Ogos 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang telah melangsungkan Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutup Bulan Patriotik. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa untuk kesejahteraan sepanjang majlis. Selepas pembacaan doa, guru-guru dan pelajar menyanyikan Lagu Negaraku diikuti Lagu Negeri Selangor serta Lagu Sekolah.

Seterusnya, majlis dipersembahkan dengan Sketsa Pentomin Kemerdekaan yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar SMK Jalan Reko, Kajang. Sketsa itu diterajui oleh 4 orang guru iaitu Cik Fatimah Bt. Mohd Jani, Pn Haslina Bt. Ibrahim, Pn Nur Sarah Bt. Norashid dan En Salmi B. Zakaria @ Salim. Tujuan persembahan Pentomin Kemerdekaan dipersembahkan adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap pelajar tentang perjuangan askar yang memperjuangkan nyawa sendiri untuk kemerdekaan negara..

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Che Normalis Bt. Alias, Penolong Kanan SMK Jalan Reko, Kajang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan replika oleh Pn. Rohaniah Bt. Kassim, Ketua Bidang Kemanusiaan dan penyampaian hadiah untuk para pemenang sempena pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kemerdekaan.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Patriotik iaitu Tanggal 31 oleh guru-guru dan pelajar SMK Jalan Reko, Kajang. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan laungan kemerdekaan oleh En Mohd Syahizam B. Shair sebanyak tiga kali. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutupan Bulan Patriotik. Sekian.


Penyampaian hadiah

Persembahan Pentomin Kemerdekaan


Guru-guru pembimbing yang menjayakan persembahan pentomin


Penyerahan semula replika Hari Kemerdekaan kepada pihak sekolah



"Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.
Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan."