Thursday, November 26, 2009

Jamuan Jalinan Kasih Guru-Guru SMKJR Anjuran Kelab Guru 2009

Jamuan makan malam(Jalinan Kasih) ini telah diadakan pada 6 November 2009(Jumaat)anjuran Kelab Guru SMK Jalan Reko 2009.Dengan tema merah hitam pada malam itu menampilkan lagi keanggunan guru-guru yang hadir.Terima kasih daun keladi kepada semua guru yang hadir.Alhamdullilah majlis berlansung dengan lancar dan jayanya.Tahniah kepada pengerusi En.Shahizam serta AJK2 yang telah memberikan komitmen yang terbaik untuk majlis ini.Semoga kesepakatan kita akan mendapat keberkatan dari Nya.Terima kasih semua.Juga tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua Pn.Rosny bt Osman,guru-guru SMKJR,Staf Sokongan,RB Catering, Putrajaya Holdings serta individu2 yang telah memberi sumbangan dan idea dalam menjayakan jamuan pada tahun ini.





Suasana di Dewan Seroja Putrajaya.






Ketibaan Puan Rosny Binti Osman diiringi oleh AJK Kelab Guru.







Puan Rosny menerima hadiah cenderahati daripada Kelab Guru.







Ketibaan Yang DiPertua PIBG Dr. Tuan Suhaimi Bin Salleh serta AJK PIBG yang turut sama menyerikan majlis ini.


















Sesi menjamu selera oleh para guru dan tetamu jemputan yang hadir.





Penyerahan Perlembagaan Kelab Guru 2009 oleh En Mohd Syahizam Bin Shair kepada Puan Pengetua.






Sambutan Ulang Tahun Puan Pengetua yang ke-54(4 November 1955).
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.


Puan Chai Sai Hon menerima hadiah daripada Kelab Guru yang disampaikan oleh Puan Pengetua kerana beliau telah menerima tawaran di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands sebagai pensyarah. Tahniah Puan Chai.





Persembahan daripada Encik Syahizam bersama pemuzik undangan.






Ratu-ratu Reko sedang menggayakan pakaian masing-masing.





Puan Jemiat sedang di temuramah oleh juru
acara majlis dalam acara pemilihan Ratu Reko.






Encik Iskandar sedang menjawab beberapa soalan yang diberikan
oleh juru acara majlis bagi pencalonan Hero Reko.





Penyampaian hadiah bagi sesi cabutan bertuah
oleh Puan Pengetua kepada Puan Nurul Asyikin.






Sesi bergambar AJK PIBG dan guru-guru SMKJR.











Sesi bergambar AJK Kelab Guru 2009 bersama Puan Pengetua di akhir majlis penutupan.

Tuesday, November 24, 2009

Sejarah Sekolah

    Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko telah dibuka pada 1 Disember 1994. Kawasan sekolah meliputi 8 ekar ini terletak di Ladang West Country, Kajang dan kini termasuk dalam kawasan seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Kos pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia sebanyak 4.5 juta dan siap sepenuhnya pada 26 Januari 1995. Peningkatan jumlah pelajar menyebabkan kelas Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu memulakan pelajaran pada sesi petang mula tahun 1998. Kelas khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) pula diwujudkan pada 2 Januari 1996.

    Seterusnya, pada tahun 2002, SMKJR menjadi sekolah rintis bagi mata pelajaran vokasional di sekolah harian bagi sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Dua subjek diperkenalkan iaitu Katering/Pengajian dan Lanskap/Nurseri. Pada tahun 2002 juga, sekolah ini terpilih menjadi sekolah rintis bagi program “Sekolah Selamat” dan mendapat tempat kedua peringkat Negeri Selangor. Pada bulan Jun tahun 2005, SMKJR menerima pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Dua buah kelas dibuka iaitu sebuah kelas Tingkatan Enam Sains dan sebuah kelas Tingkatan Enam Kemanusiaan.

    Pengetua pertama sekolah ini ialah Cik Kamariah bt. Mohd Sidik . Beliau telah berkhidmat bermula dari 1 Disember 1994 hingga 16 Disember 1999. Beliau telah diganti oleh Tn.Hj. Mohd Khan bin Subari iaitu dari 1 Mac 2000 hingga 10 April 2004. Kemudian diganti pula oleh Pn. Wan Fatimah bt. Wan Muda dari 1 Julai 2004 hingga 16 Ogos 2007. Pengetua yang seterunya berkhidmat ialah Pn. Rosny bt. Osman. Beliau telah memulakan perkhidmatannya di sekolah ini dari 1 September 2007 sehingga kini.

Ikrar Pelajar

    Bahawa kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko berikrar akan patuh pada undang-undang dan peraturan disiplin sekolah ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Kami juga berikrar akan menumpahkan rasa bangga dan sayang kepada sekolah ini serta menghormati ibu bapa, guru –guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berikrar akan belajar bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan yang akan kami hadapi demi kebaikan dan kebahagiaan kami pada masa akan datang.

Visi , Misi & Moto/Slogan

VISI

SMK Jalan Reko cemerlang menjelang 2013

MISI


Melahirkan pelajar, modal insan kelas pertama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTO/SLOGAN


Berdisiplin Berilmu Berwawasan
Yang Muda disayangi,Yang dewasa dihormati
Sekolah Kita Tanggungjawap Kita
REKO Mara, REKO jaya

Matlamat Sekolah

1. Melahirkan pelajar yang menghayati nilai-nilai murni,budaya ilmu,budaya berfikir dan budaya penyayang

2. Melahirkan pelajar yang menguasai pelbagai kemahiran asas sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran atau ke alam kerjaya.

3. Mencungkil dan menggilap bakat / potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke peringkat optimum.

4. Meletakkan asas yang kukuh terhadap cita-cita mengekalkan perpaduan di Malaysia.

5. Mengujudkan keadaan fizikal dan iklim yang ceria, selesa dan selamat.

Piagam Sekolah

Kami warga SMKJR berikrar:

1. Melaksanakan dasar dan wawasan pendidikan melalui kepimpinan penyayang dan bertanggungjawab.

2. Memastikan disiplin dan kebaikan anak-anak didik mendapat perhatian dan ditangani dengan saksama.

3. Memastikan keadaan fizikal sekolah mencukupi dan berfungsi.

4. Memastikan semua urusan pejabat diselesaikan segera dengan layanan mesra.

5. Terus berusaha untuk menjayakan matlamat, misi dan visi SMKJR.

Doa Rasmi Sekolah

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan kedua-dua ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil.

Ya Allah, ampunilah dosa guru-guru kami dan rahmatilah mereka kerana sesungguhnya merekalah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.

Ya Allah, terangkanlah hati kami, lapangkanlah dada kami, permudahkanlah kami menerima segala ajaran guru-guru kami dan berkatilah ilmu yang kami peroleh.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan selepas ini perpisahan yang terpelihara.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami, sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

Lagu Sekolah

Berdiri megah indah ceria
Sekolah menengah jalan reko
Di sinilah kami bersama
Mewarnakan cita

Menimba ilmu membentuk minda
Nyalakan semangat yang membara
Nilai murni sifat mulia
Amalkan bersama

Berdisiplin giat berusaha
Berilmu bagaikan pendita
Wawasan teguh dijiwa
Jadi warga berguna

Berganding tangan menabur jasa
Penuhi harapan nusa bangsa
SMKJR terus berjaya
Kebanggaan kita