Tuesday, June 25, 2013

Makluman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pelajar Smk Jalan Reko,semua aktiviti Ko - Kurikulum bagi sesi pagi dan sesi petang dibatalkan sehingga 28 Jun 2013 (Jumaat) berikutan keadaan jerebu masih di dalam keadaan membimbangkan. Pelajar tidak digalakkan sama sekali mengadakan aktiviti luar semasa di sekolah.Harap maalum.

Arahan,
Pengetua

Monday, June 24, 2013

Makluman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua warga SMKJR sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 25 Jun 2013 Selasa.Kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan akibat jerebu dinasihatkan mendapat rawatan dengan segera dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiramya tidak hadir. Semua aktiviti KoKu sesi pagi dan petang adalah dibatalkan pada 25 jun 2013.



Arahan,

PENGETUA

Sunday, June 23, 2013

Pengumuman

Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang terlibat dengan latihan Choral Speaking ,latihan dibatalkan pada 24 Jun 2013 Isnin berikutan penutupan sesi persekolahan pada tarikh ini.Latihan akan diadakan pada 25 Jun 2013 Selasa jam 9.00 pagi jika sekolah dibuka semula.

Pn.Ranjeetha
Guru Pembimbing

Makluman

Untuk makluman semua warga SMKJR, sekolah akan ditutup pada 24 Jun 2013 Isnin (Selangor & Kuala Lumpur) atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu.

Peringatan : Semua pelajar dinasihatkan tidak berada di luar rumah untuk menggelakkan dari gangguan kesihatan

Pengetua