Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dengan sukacita saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru dan pelajar SMKJR. Semogasemua warga berbahagia disamping keluarga tercinta dan dapat kembali semula ke sekolah dengan penuh keazaman pada 05 September 2011.


Pengetua
SMK Jalan Reko,Kajang

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMKJR serta pengunjung-pengunjung blog.Maaf Zahir dan Batin.Semoga berbahagia bersama keluarga masing-masing. Kami mendoakan semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman. Terima kasih kerana sokongan yang diberikan selama ini.

Saturday, August 20, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Sabtu 20 Ogos 2011 - Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah berlansung pada Jumaat 19 Ogos 2011 bertempat di Dataran Wawasan. Perhimpunan bermula jam 7.20 pagi ,semua pelajar beragama islam berkumpul di Dataran Wawasan.Majlis bermula tepat jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.


Majlis diteruskan dengann bacaan yasin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Mustafa b Mohd Isa.


Seterusnya ucapan dari Pn Fuziah bt Md Ali (mewakili pengetua) dan majlis penyampaian cenderamata serta sumbangan hari raya yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam.




Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan anjuran Panitia Agama Islam oleh Pn.Fuziah bt Md Ali.





Guru-guru tingkatan menerima wang sumbangan hari raya mewakili pelajar-pelajar yang layak menerima disampaikan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali (Penolong Kanan).

Persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar Tingkatan 5

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan oleh Panitia Agama Islam ialah Alunan zikir,bacaan Al-Quran, Tazkirah/Bulitin Khas Ramadhan,Kuiz Ihya' Ramadhan, Tadarus Al-Quran, program Solat Hajat/Bacaan Yassin untuk pelajar PMR dan SPM,Sumbangan Hari Raya dan Majlis Khatam Al-Quran.

Wednesday, August 17, 2011

Penyerahan Zakat Perniagaan KOOP 2011

RABU 17 Ogos 2011 - Pada perhimpunan mingguan 15 Ogos 2011 (Isnin) yang lalu berlansung satu majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan oleh Koperasi SMKJR. Koperasi yang diwakili oleh En.Shahizam b Shair (selaku Bendahari) telah menyerahkan wang zakat itu kepada Pengetua (Pn.Rosny bt Osman).


Wang zakat bernilai RM1754.50 itu akan diserahkan kepada Panitia Agama Islam untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerimanya pada majlis penyerahan wang zakat 19 Ogos 2011 (Jumaat) ini.


Sunday, August 14, 2011

Selamat Menghadapi Percubaan PMR 2011!

Kami warga SMKJR mendoakan dan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan PMR 2011. Semoga anda semua beroleh kejayaan.

Friday, August 12, 2011

Majlis Perasmian Bulan Patriotisme 2011




Jumaat 12 Ogos 2011 - Majlis Perasmian Bulan Patriotisme peringkat sekolah telah berlansung dengan penuh meriah dan semangat kebangsaan yang telah dihadiri semua warga SMKJR sesi pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi sekolah serta bacaan doa oleh Ustaz Abdul Ghaffar b Abdullah. Perarakan bendera Malaysia oleh pelajar-pelajar dari lima unit beruniform sekolah ke pentas Dataran Wawasan. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua dengan upacara melepaskan 10 ekor burung menandakan bermulalah bulan sambutan hari kemerdekaan. Pelbagai pertandingan dan aktiviti akan diadakan iaitu hiasan bendera di kawasan sekolah, Pameran Patriotik, Pertandingan kelas Patriotik, Pertandingan mendeklamasi sajak, Pertandingan melukis logo patriotik dan Pertandingan melukis potret tokoh.

“Satu Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” adalah tema sambutan ulang tahun kemerdekaan pada kali ini. Tema yang telah dipilih ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membawa Malaysia ke fasa baru pembangunan dan keharmonian sejagat.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama semua AJK yang terlibat dalam merancang dan menjayakan bulan sambutan kemerdekaan bagi tahun 2011 khususnya unit Bidang Kemanusiaan. Moga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia amnya dan pelajar SMK Jalan Reko khasnya dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana anak-anak ini adalah pewaris negara ini.