Saturday, November 26, 2011

Monday, November 14, 2011

PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM 1432H/2011M

ISNIN 14 November 2011 - Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Hari Kebesaran Islam bertempat di Dewan Lestari pada 04 November 2011 (Jumaat) yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar-pelajar beragama islam yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En.Hasim b Harun dari (Institut Perguruan Guru,Kampus Pendidikan Islam Bangi). Program ini diadakan adalah bersempena Hari Raya Idul Adha dan tujuannya ialah bagi melahirkan pelajar yang sentiasa sanggup berkorban jiwa dan raga demi mendapat keredhaan Allah SWT serta mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.




PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Friday, November 11, 2011

Saturday, November 5, 2011

Sambutan Ringkas Hari Lahir Pengetua 4 November 2011

Semua warga SMK Jalan Reko mengucapkan selamat hari lahir kepada Puan Rosny bt Osman (Pengetua) pada 04 November 2011 (Jumaat). Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, panjang umur, murah rezeki serta diberkati Allah sentiasa hendaknya.

Majlis ringkas sambutan oleh warga SMKJR
Bergambar kenangan bersama Pn.Fuziah bt Md Ali (PK), Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM) dan Pn.Noorlaili bt Mahmud (PK Kokurikulum) dan majlis memotong kek hari lahir.



Acara penyampaian cenderahati

Tahniah puan!!