Friday, February 26, 2010

Surat makluman sukantara 2010



Tahniah dari kami warga SMKJR



Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang telah berjaya dengan cemerlang kelulusan 100% di dalam peperiksaan STPM tahun 2009. Kami warga SMKJR bangga dengan anda semua. Moga anda semua akan meneruskan perjuangan untuk menjadi insan cemerlang.

Menunggu keputusan dengan penuh debaran.....
















Tahniah kepada yang berjaya!


Pelajar yang mendapat 5P STPM:
1) Shubashini a/p Balan
2) Muhamad Faizal b Zalip
3) Deepa a/p Ponnasegra

Pelajar yang mendapat 4P STPM:
1) Logeswathy a/p Salvaras

Salam Maulidur Rasul

Bismillahir Rahmani Rahim.Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuh.Selamat sejahtera dan semoga di dalam keadaan sihat wal`afiat semua.Alhamdulillah segala puji adalah bagi Allah selawat dan salam kepada Nabi dan Rasul junjungan yang membawa obor cahaya petunjuk kepada sekalian umat manusia dan jin hinggalah ke akhir zaman.Dan semoga Allah Taala memberikan keredhaan kepada keluarga beliau yang suci selama-lamanya.Diucapkan selamat menyambut[memperingati] hari lahir junjungan kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW[ulang tahun Maulidur-Rasul ]Jumaat 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiulawwal 1431 Hijrah.


Monday, February 22, 2010

Esei Bahasa Melayu Set ke 2

Kepada pelajar-pelajar SMKJR, esei set ke 2 telah mula diedarkan pada 22 Februari 2010 dengan tajuk-tajuk mengikut tingkatan yang telah disenaraikan di bawah ini.Selamat berkarya!




Selamat mencuba!
Panitia Bahasa Melayu
SMKJR

Friday, February 12, 2010

Majlis Pembugaran Nilam Peringkat Sekolah
















Majlis Pembugaran Nilam berlansung pada 12hb Februari (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua.Majlis ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah kelolaan Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi.Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan de sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

Thursday, February 11, 2010

Majlis Watikah Pemimpin Pelajar Sesi Petang 2010



Majlis Watikah Pemimpin Pelajar Sesi Petang telah diadakan pada perhimpunan Rasmi mingguan 9hb Februari 2010 bermula jam 6.10 petang di Dataran Wawasan.Kesemua pemimpin pelajar sesi petang yang terdiri dari Unit Pembimbing Rakan Sebaya,Pengawas,Badan Pengurusan Kelas dan Pengawas Pusat Sumber sekolah telah berkumpul bagi menerima watikah dari Puan Pengetua ,Puan Rosny bt Osman.





Pn.Rozarina,guru bertugas mingguan sedang menyampaikan ucapan pada majlis petang itu diikuti ucapan aluan dan perasmian dari Puan Pengetua


Majlis penyampaian watikah disampaikan oleh Puan Pengetua dengan diringi oleh Encik Awi bin Awang.






















Lafaz ikrar pemimpin dibaca oleh wakil pemimpin pelajar sesi petang.

Wednesday, February 10, 2010

Pesta Ponggal 2010 SMKJR


Perayaan 'Ponggal' merupakan satu perayaan yang penting bagi masyarakat India. Perayaan ini selalunya dirayakan pada setiap pertengahan bulan Januari atau bulan 'thai' menurut kalendar masyarakat India. Perayaan ini akan berlangsung selama empat hari. Ia dirayakan bagi memperingati 'suriyan' yang amat berkuasa atas tumbuhan padi dan tanaman lain. Pesta Ponggal telah diadakan pada 07 Februari 2010(Ahad) di peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua.Pesta ini adalah anjuran Persatuan Bahasa & Kesusasteraan Tamil di bawah pimpinan Pn.Sumathy a/p Perumal.Acara ini bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.


Majlis dimulakan dengan pengerusi Persatuan Bahasa Tamil SMKJR memberi ucapan aluan.





Pengetua,YDP PIBG dan para guru yang lain berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan.




Pn.Lalitha dan Pn.Angamah memulakan upacara majlis.











Ucapan aluan dari Pn.Sumathy (Pengerusi Persatuan Bahasa Tamil).






Pengetua memberikan ucapan aluan seterusnya merasmikan Pesta Ponggal peringkat sekolah.





Majlis Perasmian Pesta Ponggal dimulakan dengan majlis memotong reben sebagai tanda perasmian Pesta ponggal 2010 oleh Pengetua.











Pemberian cenderahati kepada Pengetua SMKJR sabagai tanda terima kasih di atas kesudian beliau hadir merasmikan Pesta Ponggal.






Pemberian cenderahati kepada YDP PIBG SMKJR.






Acara dimulakan dengan tarian ponggal dari pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Tamil SMKJR.











Pertandingan Masak Ponggal yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Persatuan Bahasa tamil SMKJR.









Pertandingan Kholam dari pelajar-palajar.

Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Merentas Desa (Larian Kecergasan) Kali ke 16



Kejohanan Merentas Desa 2010 telah berlangsung dalam suasana meriah pada pagi hari Sabtu, 06 Februari 2010. Larian telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn.Rosny bt Osman.
Larian terbahagi kepada enam kategori iaitu: Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun dan lelaki bawah 14 tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun,Perempuan Bawah 15 Tahun dan Perempuan bawah 14 tahun.
Rumah Suria(Merah) telah berjaya muncul sebagai Johan Merentas Desa 2010.