Thursday, October 27, 2011

Majlis Mohon Restu SPM

Khamis 27 Oktober 2011 - Majlis mohon restu pelajar-pelajar tingkatan 5 telah diadakan pada 21/10/2011 (Jumaat) yang lalu di Dataran Wawasan SMKJR. Majlis yang dibuat setiap tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Pn.Rosny bt Osman pengetua SMK Jalan Reko. Di majlis ini juga pelajar telah menerima alat tulis seperti pensil dan pemadam sumbangan daripada pihak KLUiC. Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling dan KLUiC serta guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir pada hari tersebut. Kami warga SMKJR mendoakan kejayaan anda semua!!


Ketibaan pengetua disambut oleh para guru dan pelajar


Saturday, October 22, 2011

Jamuan Akhir Guru & Staf SMK Jalan Reko 2011

"An Evening Of Glorious Violet"

Isnin 24 Oktober 2011 - Pada Sabtu, 15 Oktober 2011 Kelab Guru & Staf SMK Jalan Reko telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Dewan Putra 1, Nilai Spring Resort. Jamuan yang bertema” An Evening Of Glorious Violet” bermula 1.30 petang sehingga 6.00 petang. Majlis ini bukan hanya untuk makan-makan , ia juga menjadi medan terakhir semua guru untuk bermesra dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama sendiri setelah penat bekerja sepanjang tahun 2011. Semua guru seronok kerana pulang membawa lebih daripada sebuah cenderahati yang diusahakan oleh AJK .

Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan atas kesudian YDP PIBG SMK Jalan Reko serta AJK lain turut sama memeriahkan majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Kelab guru yang berusaha bersungguh-sungguh menzahirkan majlis yang begitu bermakna dalam susasana yang kondusif.

Guru-guru sedang menjamu selera

Persembahan pertunjukan fesyen

Penerima hadiah cabutan nombor bertuah

Games...
Photoshoot di hadapan dewan utama

Games yang dikendalikan oleh Mr 'J'

Pemotongan kek dan sambutan hari lahir Pn.Zamrina dan Pn Farihin

Makluman

Friday, October 21, 2011


Kami warga SMK Jalan reko mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada seluruh warga SMKJR yang beragama hindu.

Thursday, October 13, 2011

An Evening Of Glorious Violet

Peta lokasi

Solat Hajat PMR, SPM dan STPM

Solat hajat pada malam itu diketuai oleh Ustaz Umar Khalis b Mamat

Solat hajat bagi pelajar-pelajar PMR,SPM dan STPM telah dilaksanakan pada 29 September 2011 (Khamis) yang lalu.Semua guru, ibubapa dan pelajar-pelajar yang terlibat telah hadir pada petang itu. Pendaftaran bermula jam 6.30 ptg dan diikuti dengan solat maghrib,bacaan yasin dan seterusnya solat hajat yang telah diketuai oleh ustaz Umar Khalis b Mamat. Selepas solat hajat semua warga SMKJR yang hadir dijamu dengan jamuan ringan. Majlis selesai pada jam 9.30 malam. Terima kasih kepada semua warga yang hadir juga kepada semua ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama pada malam tersebut. Semoga anak-anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi nanti.

Pendaftaran bermula pada jam 6.30 petang







Jamuan makan selepas menunaikan solat hajat

Pertandingan Pengurusan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah PPDA Peringkat Negeri Selangor

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKJR sekali lagi telah terpilih menyertai Pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) Peringkat Negeri Selangor. Pegawai-pegawai seramai 3 orang dari daerah lain telah datang memantau ke bilik kaunseling sekolah. Mereka telah disambut oleh guru-guru Bimbingan Kaunseling pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.Pegawai-pegawai yang terlibat ialah:

1. En.Yahya b Abdul Karim (PPD Petaling Utama)
2. En. Mohamad Nor b Azmi (PPD Gombak)
3. En. Muhd Ikhwan b Zainal (PPD Gombak)

Persediaan sebelum pertandingan:









Semasa pemantauan dijalankan: