Tuesday, July 31, 2012

Sunday, July 22, 2012

MAJLIS PERASMIAN BULAN PATRIOTISME 2012



SELASA 17 JULAI 2012 - Majlis Perasmian Bulan Patriotisme peringkat sekolah telah berlansung dengan penuh meriah dan semangat kebangsaan yang telah dihadiri semua warga SMKJR sesi pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi sekolah serta bacaan doa oleh Ustaz Mustafa b Mohd Isa.
Seterusnya, perarakan bendera Malaysia, Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar dari unit uniform Kadet Polis.Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar SMKJR. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pn Che Normalis bt Alias dengan upacara penyerahan replika kepada Ketua Bidang Kemanusiaan,Pn.Rohaniah bt Kassim.Majlis ini anjuran Bidang Kemanusiaan SMK JALAN REKO.Pelbagai pertandingan dan aktiviti akan diadakan seperti :
  • Hiasan bendera di kawasan sekolah
  • Pameran Patriotik di pusat sumber
  • Pertandingan kelas patriotik
  • Pertandingan mendeklamasi sajak
  • Pertandingan melukis logo patriotik
  • Pertandingan melukis potret tokoh
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik - Tanggal 31 . Semua Pelajar mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat.


Juru acara Pn.Rosidah bt Tahir dan Penyelaras Program Pn.Haslina bt Ibrahim



Perarakan Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar

Persembahan pelajar-pelajar.

Terima kasih kepada pasukan bermotor dan pasukan Kadet Polis sekolah

SENAMROBIK SERENTAK

SELASA , 10 JULAI 2012 - Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan di SMK Jalan Reko pada jam 7.30 pagi hingga 10:00 pagi pada 10 Julai 2012 (selasa) yang lalu. Senamrobik serentak ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) yang dirasmikan oleh Menteri pendidikan Malaysia - Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pada 02 Julai 2011.
Pada tepat jam 7.15 pagi semua pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk diambil kedatangan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa dan diteruskan dengan perutusan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.Majlis dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah Hulu Langat, En. Sharuddin Yusof.Pada jam 8:00 pagi bermula acara senamrobik,seterusnya pada jam 9:00 pagi telah diadakan ceramah kesihatan . Majlis berakhir pada jam 10:00 pagi dan murid-murid masuk ke kelas masing-masing untuk P&P.






Senamrobik

Terima kasih kepada semua.

Ceramah kesihatan



KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 18 2012

Ahad 8 JULAI 2012 - Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke 18 telah diadakan di Kompleks Sukan MPKj,Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 8 Julai 2012 (Ahad) yang lalu.Penolong Kanan SMKJR,PN. Che Normalis bt Alias telah memberikan kata-kata aluan.Seterusnya,majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKJR, En.Rahman bin Ajam. Semua pelajar berkumpul di Kompleks MPKj pada jam 7.30 pagi dan acara perbarisan rumah sukan bermula pada pukul 8.50 pagi seterusnya acara balapan dan padang bermula.Pada tahun ini, acara sukaneka oleh guru dan ibu bapa telah diadakan. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh YDP PIBG dan penolong kanan SMKJR. Majlis berakhir pada jam 1:05 tengah hari.

Ucapan dari Pn.Che Normalis bt Alias dan YDP PIBG En. Abd Rahman b Ajam

Cenderahati dari pihak sekolah kepada YDP PIBG


Kontigen perbarisan

Persembahan padang terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 4


Acara balapan dan sukaneka guru.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Sekali lagi rumah sukan SURIA menjadi JUARA !

HARI KOPERASI

Hari Koperasi peringkat sekolah telah diadakan pada Selasa 3 Julai 2012 bertempat di Dataran Wawasan SMKJR.Perbagai jualan dan gerai dibuka oleh persatuan,kelab dan unit uniform. Antaranya jualan nasi lemak,ais krim goncang,nasi kerabu,kuih muih dan gerai ABC.Terdapat juga booth photoshoot yang dibuka oleh kelab fotografi.Pada hari yang sama juga, terdapat berbagai aktiviti seperti pertandingan Reko Idol peringkat akhir,paintball,rumah hantu dan lain-lain.
Hari koperasi ini bermula pada jam 10:10 pagi hingga 3:00 petang.Beberapa acara sepeti cabutan nombor bertuah serta kuiz telah dijalankan sepanjang minggu koperasi sekolah.

Pelajar-pelajar membantu guru di gerai

Paintball

Antara persembahan di Reko Idol

Penganjur dan juri bersama pemenang-pemenang Reko Idol