Wednesday, July 20, 2011

SYABAS & TAHNIAH!!

Selasa 19 Julai 2011 - Kami, warga SMK Jalan Reko, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Ahmad bin Abdullah, En. Izwan bin Abd Latiff , En Muhd Zainuddin bin Abdullah serta anak-anak MPV atas kejayaan tempat kedua ( Silver) dalam Festival Bunga dan Taman Putrajaya, Floria 2011. Floria 2011 itu telah dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pelajar MPV telah membuktikan mereka mampu menunjukkan mutu yang sangat berkualiti dalam acara yang bertaraf antarabangsa seperti Floria 2011 itu. Hadiah kemenangan telah disampaikan pada 16 Julai 2011 oleh Y. Bhg Tan Sri Samsudin bin Osman President Putrajaya Corporation pada majlis yang penuh bermakna di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Kami amat berbangga atas pencapaian mereka yang telah mengharumkan nama sekolah menepati dengan Visi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

We are proud of you…Di sinilah kamu bermula

Laman Santaian Kasih yang telah siap dihasilkan oleh para pelajar MPV

Majlis penyampaian sijil dan piala berlansung di Tapak Pesta Floria,
Presint 2,Putrajaya pada 16 Julai 2011 (sabtu).Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM) mewakili Pengetua menerima Sijil Penghargaan dari Y.Bhg Tan Sri Samsudin b Osman. Mana kala En.Ahmad b Abdullah (Unit MPV SMKJR) menerima hadiah piala dan wang tunai bernilai RM1000.00.Tahniah!





Bergambar kenangan selepas selesai majlis penyampaian hadiah.


Majlis penyampaian hadiah dan ucapan tahniah oleh pengetua diadakan pada perhimpunan mingguan iaitu pada 18 Julai 2011 (Isnin)

No comments:

Post a Comment