Saturday, July 30, 2011

PAMERAN FOTOGRAFI "DARI MATA LENSA" 2011


SABTU 30 JULAI 2011 - Pameran Fotografi yang bertema "Dari Mata Hati"telah berlansung pada 28 Julai 2011 (khamis) di Dewan Lestari SMKJR yang telah dirasmikan oleh Pn.Rosny bt Osman (Pengetua). Pameran kali pertama yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi SMKJR dibawah bimbingan Guru Penasihat iaitu Pn.Adibah bt Abdullah dan Cik Fatimah bt Mohd Jani telah berlansung dengan jayanya bermula seawal pagi bagi persiapan untuk pameran. Pameran ini terbuka kepada semua warga SMKJR dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 3.00 petang. Antara Tema foto yang dipamerkan ialah Hitam dan Putih,Panorama,Potret,Bokeh,Flora dan Fauna,Makanan dan Minuman Malaysia,Malaysia Life dan banyak lagi yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar ahli kelab fotografi.

Acara perasmian yang disempurnakan oleh Puan Pengetua ialah dengan memotong reben banner perasmian serta pengetua mengambil gambar menggunakan kamera DLSR. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua kerana sudi hadir ke pameran ini walaupun sibuk menghadiri seminar pada waktu itu. Kami ahli kelab fotografi amat menghargainya. Terima kasih juga kepada semua warga SMKJR yang sudi hadir memeriahkan dan memberi sokongan bagi menjayakan pameran ini.

Kepada semua ahli kelab fotografi yang terlibat dalam pameran ini diucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama ,tenaga, kreativiti dan semangat yang ditunjukkan oleh anda semua. Tahun depan berjumpa lagi dengan tema yang berbeza.Insyallah!

Majlis perasmian dilancarkan oleh Pn.Rosny bt Osman dengan menanda tangan banner serta mengambil gambar menggunakan kamera DLSR


Hasil gambar yang diambil oleh Puan Pengetua semasa majlis perasmian.


No comments:

Post a Comment