Saturday, July 30, 2011

Penyerahan Akaun Tabung Haji


Sabtu 30 Julai 2011 - Sekolah kita telah menerima tajaan pembukaan akaun Tabung Haji daripada Lembaga Urusan dan Tabung Haji ,Bandar Baru Bangi bagi seramai 1467 pelajar Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dengan jumlah tajaan sebanyak RM2934.00 iaitu deposit RM2.00 untuk setiap akaun simpanan Tabung Haji. Untuk makluman semua, program ini adalah sebagai galakan kepada para pelajar dalam usaha memupuk sikap suka menabung dan berjimat.

Agihan buku akaun simpanan adalah seperti berikut:

Tingkatan 1 - 298
Tingkatan 2 - 276
Tingkatan 3 - 364
Tingkatan 4 - 256
Tingkatan 5 - 255
Tingkatan 6 - 18

Majlis penyerahan buku akaun ini telah disempurnakan oleh Pengetua pada perhimpunan minggu ke 25 yang lalu iaitu pada 25 Julai 2011 (Isnin).


No comments:

Post a Comment