Saturday, July 9, 2011

Majlis Serangkai Budi,Seribu Kenangan

Pn.Lalitha a/p Gopalsamy dan Pn.Rugayah Hanim bt Hashim

Selamat Bersara Srikandi Reko!!

Majlis Serangkai Budi Seribu Kenangan telah berlansung dengan lancar dan meriah bagi meraikan kedua-dua guru srikandi SMKJR yang bersara pada 08 Julai (Jumaat) yang lalu.Majlis ini bermula seawal pagi dengan dimulai dengan perarakan Pn.Lalitha dan Pn.Rugayah hanim ke Dataran Wawasan sambil dinanti oleh para guru dan pelajar. Bacaan doa oleh ustaz Mustafa telah memulakan tirai majlis, seterusnya nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah oleh semua warga sekolah.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu saudara Azri b. Abdullah,Pn.Salawati bt Badron mewakili guru-guru dan kakitangan SMKJR dan ucapan dari Pengetua, Pn.Rosny bt Osman. Diikuti oleh ucapan perpisahan dari Pn.lalitha dan Pn.Rugayah Hanim yang penuh dengan kata-kata semangat kepada para pelajar dan guru.

Persembahan bermula pada jam 8.30 pagi dengan pelbagai acara dari para guru serta pelajar-pelajar pelbagai unit dan tingkatan.Cuaca pada hari itu amat baik seakan-akan merestui perjalanan majlis yang penuh bermakna ini.Kepada para guru serta pelajar yang terlibat dalam majlis ini, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan tenaga dan penat lelah sepanjang menjayakan majlis ini.Tidak lupa ucapan penghargaan kepada Pengetua dan semua barisan pentadbir SMKJR yang banyak memberi idea dan kerjasama. Semoga ianya akan berterusan pada masa akan datang.

Kepada Pn.Lalitha dan Pn.Rugayah Hanim, kami warga SMKJR mengucapkan dan mendoakan semoga anda berdua berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian bersama keluarga tercinta. Kami akan sentiasa mengingati jasa bakti anda selama anda berkhidmat di SMKJR.Sayonara.....rindu kami...sila-silalah datang ke SMKJR.





No comments:

Post a Comment