Friday, July 29, 2011

PROGRAM PERMATA BONDA 3

PROGRAM PERMATA BONDA 3

Jumaat 29 Julai 2011 - Program Permata Bonda 3,merupakan kesinambungan program permata bonda kali - 1 dan kali - 2 yang telah dimulakan oleh pihak sekolah sejak tahun 2009. Cetusan idea Puan pengetua ini kemudiannya digarap dan diarahkan oleh Puan Shehidah bt Sirajudin (PK Hal Ehwal Murid) dengan mengemblengkan tenaga dan kepakaran barisan Urusetia Fasilitator Kepimpinan SAZIC 52477 iaitu bekas pemimpin pelajar SMK Jalan Reko yang ini sedang melanjutkan pelajaran di IPT.

Program yang dirancang khusus untuk para pelajar Tingkatan 3 ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kehadiran 342 pelajar dan lebih 100 orang ibubapa/penjaga memberi harapan kepada pihak sekolah agar calon-calon PMR tahun ini bukan sahaja mampu melakar kecemerlangan dalam akademik malahan mampu menjadi pelajar berperibadi serta berakhlak terpuji.

Jutaan terima kasih juga atas kesudian Puan Pengetua yang sudi hadir melapangkan masa mengikuti program ini hingga ke penamatnya. Terima kasih kepada Unit Katering,Unit Disiplin,Kelab Fotografi dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program tahunan ini. Jumpa lagi di Permata Bonda 4/2012.


No comments:

Post a Comment