Monday, November 29, 2010

Music Marathon 2010 - Kumpulan Rentak Reko PPKI


SABTU,13 NOVEMBER 2010 - Krista Education Sdn Bhd dengan kerjasama Institute of Diplomacy and Foreign Relations, Ministry of Foreign Affairs telah menganjurkan suatu program Malaysia Book of Records : The Largest Musical Performance by Special Children. Program tesebut adalah julung kali seumpamanya dianjurkan di Malaysia. Matlamat program adalah untuk mewujudkan satu platform untuk kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan bakat mereka; meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dan menyedarkan masyarakat bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mereka hidup seperti insan normal.
Program Malaysia Book of Records : The largest Musical performance by Special Children, telah diadakan di Auditorium, Insitut Diplomasi Luar Negara, Jalan Wisma Putra, KL pada jam 10 pagi hingga 8 malam. Majlis perasmian diadakan pada jam 11.00 pagi. Dalam program tersebut kumpulan muzik “Rentak Reko” di bawah pimpinan Pn. Ruhibah bt Shafie dan jurulatih dari TwoFR Management, Encik Shahrin H telah diundang khas bagi menjayakan majlis tersebut. Turut hadir sebagai guru pembantu pembimbing ialah Pn. Yap Eit Moy (GPK Pendidikan Khas), Pn. Fauziah bt. Mat, Pn. Hasimah bt Ismail dan Pn. Siti Zawiyah bt Hussin. Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat. Reko Mara, Reko Jaya.



No comments:

Post a Comment