Wednesday, November 17, 2010

Majlis Budimu Dijunjung,Jasamu Disanjung



Jumaat 12 November 2010. Majlis Budimu Dijunjung Jasamu Disanjung telah diadakan di Dewan Lestari SMK Jalan Reko pada 12 November 2010 jam 7.30 pagi . Majlis ini diadakan sempena perpisahan Datin Norlia bt. Dahlan yang akan bersaya mulai 1 Januari 2011. Majlis telah berlangsung dalam suasana suram dan ceria. Setelah lima tahun beliau berkhidmat di SMK Jalam Reko, akhirnya beliau bersara setelah 27 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan. Datin pernah mengajar di SMKA Maahad Hamidiah (1984-1988), SMK Tinggi Kajang (1984-2004 ) dan SMK Bandar Rincing sebelum mengajar di SMK Jalan Reko. Majlis di mulakan dengan perhimpunan bersama pelajar dan diikuti persembahan, penyampaian cenderamata dari pelajar, staf dan guru-guru. Pesan beliau kepada warga sekolah, agar terus maju kehadapan dalam semua aspek.
Di penghujung majlis,Datin diarak keluar oleh warga sekolah sambil menabur bunga rampai berjalan atas hamparan carpet merah hingga ke pintu pagar sekolah. Setiap murid juga diberi peluang bersalaman mengucapkan selamat bersara kepada Datin Norlia.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Norlia atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan sepanjang berkhidmat di SMK Jalan Reko. Kita menyanjung tinggi akan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Datin Norlia. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga di sepanjang menjalani waktu persaraan nanti. Warga mendoakan semoga beliau sentiasa gembira dan mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah s.w.t sepanjang hayat, Amin.




No comments:

Post a Comment