Saturday, November 13, 2010

Kejohanan Padang & Balapan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2010


RABU 10 NOVEMBER 2010. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat kebangsaan merupakan program tahunan untuk murid pendidikan khas dalam sistem pendidikan negara. Kejohanan ini diadakan secara bergilir-gilir antara setiap negeri sejak tahun 2001. Matlamat kejohanan adalah untuk mewujudkan semangat daya saing yang sihat, meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dan menwujudkan kolabolasi serta kerjasama pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program pendidikan Khas.
Pada 10 November 2010, jam 8.00 malam, majlis perasmian penutup kejohanan olahraga telah diadakan di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor. Pengetua SMK Jalan Reko telah diberi mandat sebagai pengerusi Jawatankuasa Persembahan sempena majlis tersebut. Guru-guru PPKI SMK Jalan Reko yang dipertanggungjawabkan merealisasikan acara persembahan sepanjang majlis berlangsung terdiri daripada Pn. Yap Eit Moy (GPK P. Khas), Pn. Fauziah bt. Mat dan Pn. Siti Aliza bt. Salleh. Sementara, Kumpulan Muzik “Rentak Reko” PPKI SMK Jalan Reko telah diberi penghormatan sebagai persembahan pembukaan majlis yang gilang-gemilang tersebut. Kumpulan Muzik “Rentak Reko” telah dipimpin oleh Pn. Ruhibah bt Shafie dengan kerjasama jurulatih dari TwoFR Management, Encik Shahrin H. Dalam majlis tersebut, Pn. Noorita bt Mohd Ismail dan Siti Zawiyah bt Husin turut terlibat selaku guru pembantu pembimbing. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Jalan Reko yang telah berjaya mempamerkan persembahan yang cukup mantap pada malam itu .Tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat.
Majlis anjuran Bahagian Pendidikan Khas KPM yang melibatkan murid-murid Pendidikan Khas seluruh negeri ini telah dirasmikan oleh Tuan Bong Muk Shin, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM.


No comments:

Post a Comment