Monday, November 1, 2010

Hi Tea 2010 - Glamorous Red Carpet

Sabtu 30 Oktober 2010 - Bertempat diTaman Equestrian, Putrajaya telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Staf SMK Jalan Reko, Kajang bagi T.2010. Jamuan ini diadakan untuk merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua guru dan staf setelah hampir setahun bergading bahu bekerjasama memberi khidmat terbaik . Majlis ini juga sebagai medan terakhir antara guru dan staf untuk beramah mesra mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam melahirkan suatu suasana kerja yang lebih selesa dan hormani. Pada tahun ini AJK Kelab Guru & Staf yang dipengerusikan oleh En. Mohd Shahnizam bin Shair telah berjaya membuat suatu kelainan dengan berkonsepkan "Glamorous Red Carpet”. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk majlis tersebut. Semua guru telah diberi penghargaan bersesi gambar setelah menaiki tangga berkarpet merah sepanjang 25 meter apabila selesai sahaja memasuki pintu gerbang dewan yang dihiasi indah.
Majlis bermula jam 3.00 petang oleh bacaan doa daripada En. Abdul Gaffar b.Abdullah. Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko, turut berucap. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan semua berganding bahu melaksanakan kewajipan bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Juruacara majlis En. Muhammad Nizam bin Jamal berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan usikan mereka bagi memeriahkan lagi majlis pada petang tersebut. Majlis juga diserikan dengan nyanyian Karaoke daripada 4 murid SMK Jalan Reko dan diselangseli dengan penganugerahan kepada beberapa orang guru yang berinovasi dan berjasa kepada sekolah.
Kehadiran Dr.Mohammud bin Che Husain dan En.Mohd.Tamron bin Mohd Noor, AJK PIBG menambahkan lagi semarak tanda sokongan padu ibu bapa kepada sekolah. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah di mana ramai para guru berjaya memenangi hadiah seperti barangan elektrik dan hamper,voucher penginapan di Bukit Merah Lake Town(2 hari 1 malam) serta sebuah TV Plasma. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang dan kepada pihak Equestrian Park, Putrajaya.Budi baik anda akan kami kenang hingga akhir hayat!



1 comment:

  1. Terima kasih kepada semua guru & staf sokongan SMKJR yang telah hadir ke Majlis Hi Tea (Jamuan Akhir Tahun 2010) di Equestrian Park,Putrajaya.Bagi pihak AJK Kelab Guru mohon maaf sekiranya ada salah silap serta kekurangan semasa majlis ini.Terima kasih sekali lagi.....Kehadiaran anda semua amat kami hargai!!!

    ReplyDelete