Saturday, August 21, 2010

Program Ihya' Ramadhan Al-Mubarak 1431/2010M

SABTU 21 OGOS 2010 - Pada 20 Ogos 2010 (Sabtu) telah diadakan Ceramah Ramadhan sempena Program Ihya'Ramadhan Al -Mubarak. Majlis ini telah diadakan di Dataran Wawasan pada jam 7.30 hingga 8.40 pagi yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar islam SMKJR. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk dan melatih pelajar ke arah mempertingkatkan semangat, bertanggungjawab dan menghormati tuntutan agama. Seterusnya membina sahsiah pelajar supaya menjadi insan mulia dan dapat membangun diri,berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Pada kali ini penceramah jemputan ialah Ustaz Ismail b Hashim dari Unit Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara beberapa aktiviti yang akan dijalankan sempena program ini ialah Kuiz Ramadhan, Tazkirah, Edaran Risalah Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran dan alunan zikir dan nasyid. Sekalung ucapan penghargaan kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua warga pendidik dan pelajar muslim SMKJR.


No comments:

Post a Comment