Wednesday, August 11, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

RABU 11 OGOS 2010 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Pada tahun ini, seramai 12 orang warga guru dan staf sokongan telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009. Majlis tersebut telah berlangsung pada 10 Ogos 2010 di SM Agama Persekutuan, Kajang. Penerima anugerah terdiri daripada Pn.Wan Shafini bt. Wan Daud, En.Zulhemay bin Mohd Jidin, Pn. Rohana bt. Asha’ari, Pn. Dalilah bt. Ahmad Fauzi, Pn. Nooriza bt. Wahab, En. Ho Kok Yoke, Pn. Vickneasvarie a/p Thambirajah, Pn. Rozihan bt. Abdullah, Pn. Khatijah bt. Samian, Pn. Nurul Ashikin bt. Jauhari, Pn. Hasmah bt. Kamardin dan Pn. Nor Biah bt. Harun. Warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah . Pengetua amat berharap pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi titik tolak kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi pada tahun-tahun hadapan dan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk sama-sama menakhodakan kecemerlangan dan berprestasi tinggi dalam warga sekolah.


TAHNIAH!!

No comments:

Post a Comment