Monday, August 16, 2010

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan - KOOP SMKJR

ISNIN 16 OGOS 2010 - Majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan dari Koperasi SMK Jalan Reko telah dilaksanakan pada pagi isnin bertempat di Dataran Wawasan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009 nilai zakat yang berjumlah RM1190.00 telah diserahkan oleh En.Mohd Syahizam (wakil koperasi) kepada Pn.Rosny bt Osman (wakil SMK Jalan Reko). Wang zakat ini kemudiannya akan diserahkan kepada Panitia Pendidikan Islam untuk diuruskan pembahagiannya kepada pelajar-pelajar yang layak menerimanya.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada koperasi sekolah dan semoga akan terus beroleh keuntungan yang lebih lagi di masa yang akan datang.


No comments:

Post a Comment