Tuesday, August 10, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah



SELASA 10 OGOS 2010 - Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah telah diadakan pada 07 Ogos 2010 (Sabtu) bertempat di Dataran Wawasan SMKJR.Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30tgh. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman.Antara pasukan unit beruniform yang telah menyertai pertandingan ini ialah Kadet Polis,Bomba,Pengakap,Kadet Remaja Sekolah,Pandu Puteri,Puteri Islam serta Kadet Polis Junior. Antara tujuan utama diadakan pertandingan kawad kaki ini adalah untuk membina jati diri dan keyakinan diri sebagai pemimpin serta membentuk disiplin dan peribadi mulia dikalangan para pelajar.Tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Polis kerana telah menjuarai pertandingan ini serta dianugerahkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan.Tahniah juga diucapkan kepada Komanden KRS iaitu Saudara Muhammad Syahmi b Mohd Rahim Tingkatan 4TV5 kerana telah dianugerahkan sebagai Komanden Terbaik Keseluruhan.Terima kasih diucapkan kepada semua juri yang terdiri daripada Sarjan Mohd Abrar b Abdullah (IPD Kajang),Mejar Zailani b Ridzwan (KRS Daerah Hulu Langat selaku Ketua Juri), Syed Norzalman b Syed Yusof (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kajang), Veraperumal a/l Chiniah (Balai Bomba Bangi),Pn.Asma bt Mohd Tahrim dan Pn.Azizatul Badariah bt Badaruddin (SMKJR)yang sudi hadir memberi kerjasama bagi melaksanakan pertandingan pada kali ini. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi bagi majalah wawasan.




No comments:

Post a Comment