Monday, August 2, 2010

Perkhemahan Pandu Puteri, PBSM dan Puteri Islam

ISNIN 02 OGOS 2010 - Perkhemahan gabungan dari 3 unit beruniform iaitu Pandu Puteri, PBSM dan Puteri Islam telah diadakan pada 23hb hingga 24 Julai 2010 yang lalu di Hutan Lipur Mint,Bangi.Seramai 51 orang pelajar dan beberapa orang guru yang terlibat telah menyertai perkhemahan tersebut.Perkhemahan pada kali ini telah dikendalikan oleh Fasilitator dari Kelab Rekreasi,Mint,Bangi.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah bengkel,ceramah, persembahan malam kebudayaan, berkayak,Up sailing dan Jugle tracking.Perkhemahan berakhir pada jam 5.15 petang dengan acara penutup serta penyampaian hadiah.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.Diharap kem pada kali ini akan dapat membina jatidiri serta semangat berpasukan kepada semua pelajar yang telah menyertai kem tersebut.Antara guru-guru yang terlibat sepanjang kem tersebut ialah Pn.Rohaniah, Pn.Maimun, Pn.Adawiyah,Pn.Rugayah Hanim,Pn.Siti bt Tawhid, Pn.Mageswari, Pn.Premawathy, Pn.Wan Maznah dan Cik Rina.



1 comment:

  1. kem di MINT sngat la seronok..
    rsanya ingin pergi ker kem di MINT itu lagi..
    :) yeah..

    ReplyDelete