Sunday, February 24, 2013

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

  

Ahad 24 februari 2013 - Pada 21 Februari 2013 (Khamis) yang lalu sekolah telah menghantar pasukan sekolah seramai 5 orang peserta ke Pertandingan Bahas Bahasa melayu Ala Parlimen bertempat di SMK Bandar Baru Bangi. Pertandingan peringkat Zon Bangi ini disertai 7 buah sekolah sekitar kawasan Bangi.Pada pusingan pertama SMK Jalan reko telah menentang SMK Jalan Tiga dengan tajuk 'Institusi Kekeluargaan  mampu membendung gejala sosial' telah dimenangi oleh pasukan SMK jalan Reko. Pada pusingan kedua SMK Jalan Reko menentang SMK Bandar Baru Bangi dengan tajuk:'Sekolah berprestasi tinggi pemangkin kecemerlangan pendidikan negara" juga telah dimenangi oleh pasukan SMK Jalan Reko. Pusingan terakhir SMK Jalan Reko(Kerajaan) telah bertemu dengan pasukan dari SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi (Pembangkang),pasukan sekolah telah menjuarai keseluruhan pertandingan dengan tajuk : "Pemerkasaan Pendidikan Vokasional Mampu Memenuhi Pasaran Kerja Negara". Saudara Muhd Haziq b Abul Aziz telah terpilih sebagai pembahas terbaik keseluruhan pertandingan kali ini. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan bahas sekolah serta guru-guru pembimbing kerana telah mengharumkan nama sekolah di peringkat zon. Diharap kejayaan ini akan menberi semangat untuk anda semua terus mara ke peringkat yang lebih tinggi.

Nama peserta:
1. Fatin Nur Afiqa bt Yazid  - 5 Sc
2. Noor Faraheen bt Yem - 5 Sc
3. Muhammad Haziq b Abdul Aziz - 5 KE1
4. Suhaireel b Shukor - 5 Sc
5. Nurhayati bt Maiyunas - 5 Sc


Pusingan pertama menentang SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi

Tiba di Dewan SMK Bandar Baru Bangi

Para peserta siap sedia untuk berjuang






Peringkat suku akhir

Fatin Nur Afiqa bt Yazid mewakili kerajaan

Noor Faraheen bt Yem

Muhammad Haziq b Abdul Aziz

Pasukan Bahas bergambar dengan guru pembimbing.Tahniah!!


SMK Jalan Reko menetang SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi

Majlis penyampaian hadiah
Kami bangga dengan anda semua!!




No comments:

Post a Comment