Gotong-royong Perdana peringkat sekolah telah diadakan pada 02 Februari 2013 (Sabtu) yang lalu. Semua warga SMKJR ,Ajk PIBG dan ibu bapa terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tgh. Pelancaran Program 'CikguMu Cantik' (Cikgu dan murid cari dan musnahkan jentik-jentik) telah dilakukan oleh Pengetua,Pn.Zaitun bt Ibrahim pada pagi itu. Selepas majlis pelancaran dilakukan,para pelajar telah diagih-agihkan ke zon masing-masing bersama guru-guru.
 |
YDP PIBG En Abd Rahman b Ajam juga turut bersama-sama di "Program CikguMu Cantik' |
 |
Para pelajar sesi pagi dan petang berkumpul di Dataran Wawasan untuk upacara perasmian. |
 |
Ucapan Pengetua Pn.Zaitun bt Ibrahim |
 |
Acara memotong reben untuk banner 'CikguMU Cantik' |
 |
Penyerahan banner program kepada pelajar disampaikan oleh pengetua |
Gambar-gambar sepanjang aktiviti gotong-royong dijalankan
 |
Cikgu Kauthar Kassim sedang sibuk bersama pelajarnya menghias kelas |
 |
Suasana di bahagian belakang Blok D |
 |
Sepakat membawa berkat |
 |
Membersihkan bilik kesihatan |
 |
Pn.Rohaniah Kassim juga turut membantu pada hari itu.Good job kak! |
 |
Membersihkan cermin kelas masing-masing |
 |
Membersihkan kawasan di hadapan kawasan sekolah |
 |
Membalut meja pelajar |
 |
Kerjasama guru dan murid |
 |
Aktiviti mengecat kelas |
 |
Meletakkan tanda nama kelas di Dataran Wawasan |
No comments:
Post a Comment